Saturday, October 29, 2011

Kisah Taman Sekebun BUnga


Assalamualaikum .
Aku suka taman bunga ! Kau suka ? ape aku kesah . xdelah gurau je saje nak share gambar-gambar aku pi taman Tengku Anis hari deepavali aritu.. 


takde ke orang nak bagi aku bunga ? ok pi cari taman bunga lah.
hheeee
silau dek panas terik ye :)

Sebenarnya tak plan pun nak gi sini. Sebab pada hari Selasa, 26 Oct 2011 atau hari deepavali..hee ntah mengigau ape office aku tutup julung-julung kalinya.(sebab owner company kitorang India kot) Kalo tak,aku tunggu hari raya je la setahun sekali baru office tutup. Aku pergi kejap je dalam pukul 5petang. 1 hari kat umah aku tak taw nak pergi mane tiba-tiba ada panggilan hangit dari kawan aku nak pergi taman tengku anis. Aku join je mane orang ajak jalan-jalan.


Kisah taman bunga aku ye,ramai juga orang masa tu. Ramai yg datang tu jogging dan bt photoshoot. Hehehe...peluang ni nak gunakan DSLR kawan aku.Huahua Apalagi..bawak Nikon dan try ambik gambar. Yg jadi model aku and kawan aku jugak lah :) Mana ada org lain. Hasilnya, x der lah cantik sgt sbb beginner kan. Kata org practice make perfect. So, byk lagi nak kena belajar.



Ok, ni antara pic-pic masa photoshoot yang agak memualkan kat taman bunga istana tu. Nak tengok semua ada kat  sini.

mummy to-be yang belakang tu memang arrgghh mengada!

tempat sama,gaya kedua taktahu hapa!!.huahua!
ade ke garden bunga macam nih kat malaysia ? kalau ade bagitahu please. hhee

terserempak dengan Fatin pulak kat sini. hhee

sorang tutp perut,sorang model Sintok,sorang ustazah to-be. HEHE

  haaaa,hijaukan mata dan otak sekejap. Sini best jugak kalau jalan jalan dengan husband wanna be.
 That's all for TAMAN SEKEBUN BUNGA haku=)

berangan yang tak sudahh . 

haha



till then, 

ciaoww~

Friday, October 28, 2011

KB Mall IT Fair 2011


Assalamualaikum ..heee

Tadi aku pergi KBmall nak cari external hardisk kaler pink jenama samsung tu, tapi cari punya carik takde pon :( Bukan hape aku punya pendrive 4GB dah full tank. that why la carik external hardisk tu. Cantik ade corak luve luve. comel. Ingat pergi PC fair hade la..tpi sayang. Tak hade laaaa. Tapi xpe aku nak pi kat Low Yatttt..heee sambil pergi survey barang yang aku nak.. ape barang yang aku nak tu, rahsia lor..weee =P

pink camni la aku carik da habis dowhh. :(

ini rupa pendrive pada yang tak kenal tu ;p

So, terpaksa la aku beli pendrive Kingston 16GB yang berharga RM54 ini..hehe. Ada banyak pilihan rupa bentuk dan brand tapi kalau nak beli carilah yang terbaik, bukan hanya memilih berdasarkan rupa paras pendrive yang cantik saja. Kalau beli pendrive Kingston kena berhati-hati sikit semasa nak beli. Pastikan pilih yang mempunyai keupayaan transfer speed paling laju yang ada. Kalau Kingston 16GB kat IT Fair ni paling bagus adalah DataTraveler 101 USB 2.0. Kalau 8GB ada yang DataTraveler 120 USB2.0. Sebab ada kedai yang jual dengan harga sama walaupun kelajuan pemindahan data pendrive tu tak sama. Contohnya DataTraveler USB2.0 sama harga dengan DataTraveler 101 USB2.0. Biasalah, ada kedai yang nak untung dengan jual pendrive yang dah lama dan tak laku. Kesempatan macam ni la diorang nak habiskan produk-produk lama. Kata orang, membelilah dengan bijak icon wink KB Mall IT Fair 2010

survey baldi jap then aku beli tong sampah. HAHA ! ok fine memang xlawak pownnn..


Lepas puas kat IT Fair,dalam niat nak cuci mata beli pendrive tu boleh terdrive kereta ke Tambatan Diraja. Tambatan diraja ada kat sebelah, tapi aku tak ambik lah gambar kat situ sebab malam and takut ler.. Ade sekeping gambar aku ambik kat sini..hehe :D Dulu kat sini ade kedai makan kan kalu kamu kenal la kan.. aku lalu tub-tub hade bangunan ni, aku lepak jap..hee 

ok sampai sini je cerita aku memang xseberapa kan. lantak la. mengantok ni. selamat malam. ^-^

Wednesday, October 26, 2011

Kehidupan dunia

Dan negeri yang baik (tanahnya), tanaman-tanamannya tumbuh (subur) dengan izin Allah dan negeri yang tidak baik (tanahnya) tidak tumbuh tanamannya melainkan dengan keadaan bantut. Demikianlah Kami menerangkan tanda-tanda (kemurahan dan kekuasaan) Kami dengan berbagai cara bagi orang-orang yang (mahu) bersyukur

Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni) dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan ia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya). (Surah Yunus 10: Ayat ke 24)

smile everybody =)

Saturday, October 22, 2011

SEJUK TAHAP GABAN !

Sejuk Tahap Gaban. Sejuknyer pagi ni, saya di opis sedangkan ramai yang sudah bercuti kerana hari ni hari minggu. Can u imagine, this big big company, tapi opis aku hanya ada tiga orang pekerja yang bekerja. Hari ni sampai awal la jugak kat opis sebab pagi tadi aku mandi awal la jugak kul  pagi. Dari semalam lagi aku sejuk giler. tahap maksimum dan hari ini aku rasa macam tak leh duk lam opis je aircond macam air batu da ni.freeze terus!


Tutup aircond kat opis hari ni.
Sekarang November, da masuk musin hujan di pantai timur. dari petang semalam lagi hujan sampai arini duk renyai-renyai lagi. Nak jemur kain pun tak boleh, so lepas ni terpaksa keringkan guna kipas la nanti.Hujan ke hapa ke, kerja tetap kena pergi kerja jugak ;(


eiiii tolongla sejuk tak leh nak cakap da, tangan pun da keras nak menaip,. Macamane la nak pergi bermaustatin kat negara bersalji hujan cam ni pun da tak tahan. Rasa macam kat negara bersalji je arini.Heee =)



Friday, October 21, 2011

+JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA+

from : Dr Fadilah Kamsah

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

 Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....  

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....  

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.  

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....


mood : sharing is caring 
=)

Thursday, October 20, 2011

SPONTANEOUS THURSDAY #5

      No Matter How Much It Hurt,
                                No Matter What The Pain Is Inside,
               Work Hard To Make Somebody Happy,
                                                                   Even If It Is Yourself.

Wednesday, October 19, 2011

Saya rela undur diri untuk lihat dia bahagia

RAGAM BERCINTA

♥ kalau bercinta, jangan berkepit macam belangkas, hantar surat berbelas-belas, SMS berbalas-balas, masa dating sebelah tandas, berpeluk-peluk dalam bas, asyik menjeling dalam kelas, minum air perghh kongsi segelas...

bila ada konflik , haa mula la nak frust, nak tunai solat pun malas, tak dapat tumpu study dalam kelas, waktu result nak keluar tahu pulak cemas, takut exam tak pass, tup tup awek sendiri kena kebas, kesian.. melepas !

♥ kepada yang masih SINGLE,
cinta ibarat kupu-kupu, makin dikejar, makin dihindar. tapi,bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu disaat kau tak terduga. cinta mampu membahagiakanmu, tetapi sering pula ia menyakiti. cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerimanya.

♥ kepada PLAYBOY/PLAYGIRL,
jangan katakan 'AKU CINTA PADAMU' bila kau tidak benar-benar peduli. jangan bicarakan soal cinta bila itu tidak benar-benar ada. jangan sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat untuk mempermainkannya. jangan menatap ke dalam mata seseorang bila kau lakukan untuk pembohongan. hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tak berniat langsung untuk MENERIMANYA saat ia terjatuh.

♥ kepada yang PATAH HATI,
bertahan selama kau menginginkannya akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.

♥ kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI,
hal yang menyedihkan dalam hidup ialah apabila kau bertemu seseorang, lalu jatuh cinta.akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodoh dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk orang yang tidak layak. kalau sekarang dia tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tidak akan layak.
biarkan dia pergi, dan lupakan.




aku kan kureng sket bab karang ayat mengayat ni..hehe
So, copy dari Fb. hekhek ;p

wordless wednesday #6


Tuesday, October 18, 2011

hujan pagi COOL lah~~


Hujan pulak harini. Bukan ta suka hujan, nanti kena bawak payong la bila nak kuar masuk opis nanti..huhu ingatkan nak kuar  jalan~jalan  jap lagi waktu lunch, tapi bila hujan turun... Atoiii... kusangkakan panas berpanjangan rupa hujan jugak di pagi hari!!! And dikala jem , meredah hujan pon hobi aku akan timbul serta merta iaitu hobi bila takde kerja ialah ambil gambar sendiri. Yes, dekat Fesbuk aku tu, gambar tangkap sendiri je aku rasa dah ada beratus-ratus dah. Hekhek ;P


 Continue cerita sebenar hujan and jem tadi - Disebabkan hujan dan jem, maka dengan tidak sengaja aku sampai lewat kat opis dalam 6 minit. 6 minit je okeh! tapi bila bukak je komputer nak antar email2 sume, kring kring kringgggggg call from cms a.k.a (cctv company berpusatkan HQ senang cite) aku tanya why late! huh! 
HUJAN LA DER! panggggggg aku kena sound. lagi pon arini memang hujan and jem, and aku memang terlewat yang tidak disengajakan, terima la alasan aku. Tak caya ? Come to my branch,I will allow you to check my attendance for this year la beb. Terbaekkkk la.HAHA :)

Tata ! Selamat Berkerja ;)

Saturday, October 15, 2011

SENYUM.

Apabila hari sabtu, ini semangat untuk ponteng kerja atau pergi tuang kelas kadang-kala semacam naik (sebab apa agaknya??), sebab weeken la uols.. hari kite kena pusing2 and jalan2..hehe kadang-kala yang tidak bersemangat sebab semalamnya penat. Friday blues lah tuh. Mulakan hari anda dengan?? SENYUM.


Orang cemerlang sentiasa ceria dan bersemangat. Gunakan pelbagai kaedah bagi memastikan kita ceria dan bersemangat setiap hari ~ Dato Dr Fadhilah Kamsah senyumlah pd diri sendiri bagi membangkitkan kecerian diri.yeah!


senyum lah senyum lah ahai cik mek molek =D

Friday, October 14, 2011

Penat Hari Minggu


Hari ini, aku sangat penat. Kerja dan kerja , start 9.00 am dan baru habis 6.00 pm. Dipanggil sebagai kuli-kutief.. Begini lah hidup sebagai pekerja yang makan gaji je.. :) . Apa-apa pun, aku tidak la menyesal menjadi pekerja cemerlang kerana dengan gaji yang aku dapat la cikit2 aku setiap bulan mampu menampung ibubapa aku dan bayar hutang bank nih. Walaupun tak mewah tapi Alhamdulillah mencukupi. Jadi, jangan mengeluh ye Wani.
Pagi jumaat biasa la sibuk sket sebab terlalu sibuk sampai makanan sarapan pagi pun di makan masa tengahari. Nasib baik makanan tak basi..huhu… Kerja non-stop, nasib baik HQ aku baik hati la konon bagi 2jam rest pada hari jumaat.. sebab kelantan kena tutup waktu jumaat… =)
Apa yang menarik berlaku hari ini?huhu Tak ada apa-apa pun yang menarik pun cuma hari ini aku rase macam nak putus je urat tangan aku nih duk key in  transaction  dalam sistem. Dahla terpaksa berhadapan dengan seribu macam perangai pelanggan. Aduh!! Sabor jelah. 
Alhamdulillah, kerja aku semuanya berjalan dengan lancar. Tiada masalah yang timbul. Hehe..Nasib baik ada blog ni adalah tempat untuk aku meluahkan perasaan yang penat ini.. hehe..Apepom, aku harap esok tidak sebusy arini. Boleh la aku update blog nih.hehe. 
good nite uols….

Thursday, October 13, 2011

SPONTANEOUS THURSDAY #4


aku malas nak taip arini =) so wut? ;P

Melayan~~

Hari ini da nak mencecah petang kegelapan...hehe

BOSAN 

kalau kita boleh access internet dirumah kita semestinya mampu mengurangkan bosan ke tahap yang lebih optimum dan lebih optimum lagi kalau kita tahu apa kita nak buat, bagi mereka yang takde internet ni comfirm akan pergi cari  CyberCafe punya, sebab situ jelah tempat kita melepaskan bosan  selepas usaha cari internet di tempat lain yang dirasakan percuma seperti di warung makcik saleha yang free wifi..  lagipun benda yang kita buat tu sah sah terlalu banyak!

katakan kalau kita dah ada blog, kita mesti nak update blog bukan? , kalau kita takde blog pula kita mesti main facebook, myspace atau lain-lainkan? tapi kalau takdepun mesti disebabkan kita takde email nak daftar benda tu, hehe.. selain daripada tu kita boleh main game! tapi kalau kita tak tahu nak main game sekalipun.. kita boleh refer balik option nombo 2 iaitu daftar email.. sebab terlalu banyak benda yang kita nak buat tu kena pakai email!! haha

Best2. Banyak activiti dah aku buat.... Lepas makan tengahari ingat nak golek2 kat pantry dulu sambil layan samsung galaxy pinjam...hehe 



tengok kawan2 di facebook =)

karang cerita kat blog :)


 tak pe lah. asal gambar sendiri,,sendiri layan la..bukan nak jual kat org..hahaha..kalo menyampah, sila blah ye =)

Tapi kalau ada internet sekali pun.. kehidupan boleh jadi tersangat bosan jika kita takde idea.. macam nilah kot hari-hari yang terpaksa ditempuh sebelum kita melakukan kegiatan rutin seperti biasa..


But seriously aku memang nak tahu sangat apa yang dibuat oleh mereka yang takde internet ni.. dulu aku  bukan ada internet sangat pun,  nak access pun tak tahu kat mana.. kalau dulu2 aku akan balik kampung.. kalau kat situ macam-macam aku buleh buat.. kerja lembu time tu pun best apa? kena kejar lagi best! tapi dulu la.. sob sob sob.. 

hmmmmm...mode masih teringatkan sesuatu kat workshop :(


+BETOL KE LELAKI BAIK UNTUK WANITA BAIK JE??+



"A great marriage is not when the perfect couple comes together. It is when the imperfect couple learns to enjoy their differences"


Persoalan : Benarkah lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik sahaja?




Surah An-Nur, ayat 26, Allah SWT berfirman :


"Perempuan-perempuan yang jahat itu untuk lelaki-lelaki yang jahat, lelaki-lelaki jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, lelaki-lelaki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dari tuduhan yang mereka katakan untuk mereka diampunkan dan rezeki yang mulia"


Menurut pengajian Ulum al-Quran, turunnya ayat ini selepas meletusnya perbuatan fitnah terhadap isteri Rasullulah SAW iaitu Saiyidatina Aisyah r.a yang kononnya berlaku curang terhadap Baginda. Walaupun ia hanyalah sekadar penafian terhadap fitnah tersebut, namun begitu ia juga adalah janji Allah SWT terhadap hamba-hamba-Nya.


Namun begitu, tidak mustahil seorang Ustaz ataupun Ustazah yang berpewatakan baik dan alim bertemu jodoh dengan yang tidak setaraf dengan mereka. Hakikatnya, setiap pasangan yang bertemu jodoh itu adalah diatas kehendak-Nya jua. Mungkin itu adalah amanah kepada mereka untuk memperbetulkan keadaan yang silap yang ada pada pasangan masing-masing dan bukanlah sebagai satu celaan.


Setiap apa yang terjadi adalah di atas ketentuan-Nya. Dalam perkahwinan dan perhubungan, keserasian dan cara menghormati antara satu sama lain adalah mustahak. Dari situ akan wujudnya persefahaman yang akan membawa kepada kebahagiaan.


Sebenarnya, tidak wujud pasangan yang elok atau tidak. Setiap jodoh yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita ketika itu, itulah jodoh yang terbaik untuk diri kita.


Sejarah silam ataupun masa lalu seseorang itu biarkan ia berlalu kerana semua manusia mempunyai masa lalu tersendiri. Apa yang perlu dilihat ialah dirinya pada hari ini.


Dan seandainya dia itulah jodoh kita, terima dia seadanya kerana itu jodoh terbaik untuk kita iaitu hadiah daripada Allah SWT.


Moral Value : Oleh itu, tidak perlu timbul soal ketidaksesuaian pasangan kerana tidak semua manusia sempurna..baik lelaki mahupun perempuan...Kesemuanya tidak terlepas dari membuat silap dan kita sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi ini bertanggungjawab memegang amanah, mendidik dan mengurus alam dan makhluk2 yang lain..Setiap manusia berpasangan..itulah fitrahnya...Terimalah seadanya, janganlah kita menyalahkan pasangan kita sahaja, walhal kesilapan diri sendiri terus disorokkan..sekian.... =)



Wednesday, October 12, 2011

Tuesday, October 11, 2011

Gambar Sendiri Lagi~~


Salam sejahtera!

Okay..hehe ni la entry yang aku nak buat hari tu..pasal gambar je pun..rasanya setiap blog dan entri-entri mesti ada gambar kan? perlu ke gambar? ye! supaya bila anda baca entri-entri aku yang panjang berjela ni tak bosan..haha..tapi tu jawapan kebanyakan daripada korang bukan? hehe

tapi dalam blog aku ni, setiap..SEMUA gambar mempunyai maksud tersendiri kecuali entri yang bukan berunsur personal..yang faham, faham la..yang tak faham akan menganggap gambar tersebut sebagai selingan mencantikkan blog je..kadang-kadang, entri tu cuma kiasan, yang tersirat je..gambar yang menunjukkan yang tersurat..hee..adoii tiba-tiba aku malu pulak bagi tau korang rahsia ni.. =P 


jerawat oh jerawat~~~
okay, mana aku amik gambar-gambar ni? daripada ehsan jana memory fon aku..huahua. if ade gambar yang aku cari lam google or mane2 la, aku akan kreditkan awal-awal kat bawah header tu..mana-mana gambar yang ada url blog ni, tu gambar daripada sumber aku tangkap sendiri time aku kepuasan..huh.



hmm..tapi hari tu..masa aku edit blog, semua gambar dalam entri sebelum minggu terakhir bulan Mei 2011 hilang..huhu..tapi okay la, yelah kena okay, sebab da ilang..haha aku kena terima la bia pun aku xreti nak edit blog nihlepas ni, kalau anda baca entri aku, agak agak macam tak faham, tengok la gambar..lepas tu tafsir sendiri..hehee

psst~ masih belum ada mood nak kemaskini blog aku yang weng ni...




Saturday, October 8, 2011

cerita myvi ku kena calar..


assalamualaikum..

malam2 gini terasa nak bercerita pulak.. alkisahnya cikMYvi yg ditatang minyak yang penuh tuh tercedera jgk akhirnya. nasib baik tak parah.. cuma terluka sikit aje.. aku tak kisah sangat pun.. tp kisah lah jugak seposen kan.. kisah kejadiannya berlaku petang semalam, masa g hantar abang aku nak gi Bangkok, ingat pastu nak g  servis cikMYvi tuh, ni bartembah repair lah fulak..haishhh. ;(

sambil duk tunggu mak sdara pi hantar abg aku kat gate,aku bermain2 bergumbira bergelak ketawa ngan Adha,my cousin and aku nak masuk parking, aku xnampak pakcik punya besau..aku nampak die atas motor, ingatkan motor biasa ni,rupanya motor roda tiga ;( alahai cikMyvi aku bergesel ngn motor roda tiga.. sorang pakcik yang bawak motor tuh.. die parking salah and die senyap je pastu. dia tak tengok lngsung kata aku, tunduk ja walaupun aku sgt2 pasti yg dia tahu aku da bersabar..hehe.. tp dr gayanya takde sikit rasa bersalah pun.. muka mencuka je...


 tengokla dekat2..ketaku kemek..

boleh tahan scratch.... Aisehhhhhh.....:(

pastu tengok pakcik tuh, berlalu camtu je.. rasa cuak pulak. sekali lagi aku buka pintu, tengok lagi belakang kereta... awwww... ada kesan calar dua baris... yg apkcik tu pulak ngn muka sombongnya laju je berjalan pergi.. seolah2 saya takde depan matanya... mmg geram dan rasa nak marah pun ada... geram ngn sikap dia sebenarnya... dah buat salah, tp takde nak minta maaf ke apa.. terbalik pulak, dia yg tarik muncung dan angkat muka..

Drive balik dengan hati sendu.

Tuesday, October 4, 2011

Aku Bukan Sempurna



Actually, aku memang dari dulu, tak ramai kawan mane pom macam korang shemua. Aku pun tak tahu kenapa. Kadang-kadang aku tau, tapi aku buat tak tahu.Huahua. Salah satu, dulu aku pemalu tak suka senyum. Sekarang pun. Lagi-lagi pada orang yang aku rasa  tak kenal, wat pe nak kenal, dan tak mau nak kenal. Lagipun, lau tengok je muka aku ni, mesti orang suke judge aku macam-macam. muka aku muka garang. Maybe dapat kening ni dari Mum and Ayah. Mulut pula, lau tak senyum, memang orang ingat aku ni sombong. Tak kenal tak tahu la aku camne ye dak??


Aku dah survey,beberapa kenalan yang aku tanya first impression bila nampak aku tanpa kenal aku. .-_-". Ada yang ingat aku ni garang, sombong. Aku ni jenis pentingkan diri, ego. Aku ni suka marah-marah. Memang. Aku ni suka nak perhatian. Hehe. And aku ni agak annoyed. Memang mula-mula aku rasa aku macam tu. Tapi....


Lepas dah lama kenal ngan kawan-kawan aku, aku tanya balik kawan-kawan aku. Diorang cakap bila dah kenal aku, akui ni bukan macam first impression macam yang diorang ingat aku mula-mula tu. Terutama yang ingat aku ni sombong. Aku bukan tak nak tegur orang, aku dah terbiasa malas nak tegur orang, aku dah terbiasa malas ada kawan, aku dah terbiasa tak senyum kat orang, aku dah terbiasa malas amik port.


AKU, bukan seorang yang sempurna. Bukan Malaikat ataupun Tuhan. Siapa yang sempurna kat Bumi ni? Takkan ada orang yang sempurna. Terutamanya aku la. Aku selalu wat silap. Aku selalu buat keputusan yang salah. Tapi akui redha. Aku cuba tak ulang silap yang sama. Aku cuba jadi sempurna. Tapi selalu orang salah anggap.


Bila aku tak amik port, orang cakap, aku ego. Bila aku bagi pendapat, mula la orang cakap aku je yang betul Jadi keputusan terbaik, baik senyap. Aku tak kisah apa orang cakap belakang aku. Aku tau mulut manusia bila jumpa kawan-kawan rapat, mesti tak leh duk diam. Mesti nak ingat cerita pe yang buruk pasal kawan sendiri. Kadang-kadang aku pun selalu gitu. Aku cuba ingatkan diri aku jangan cerita hal orang kat orang lain. Tapi bila marah dah membuak, akui cerita gak. Aku tak nak orang salah faham. Tapi still orang cakap aku ni je yang perfect. Aku sedih. Tapi buat bodoh je lah.


So, aku tak kisah kalau orang cerita pasal aku. Lantak ko lah. InsyaAllah aku dapat pahala free. Aku bukan Tuhan. Aku bukan boleh larang orang cakap pasal aku. Lagi-lagi zaman sekarang ni. Semua benda boleh update secepat yang mungkin. Semua benda boleh tersebar dengan cepat. Aku dah wat silap tahun lepas, aku tak nak wat lagi. Aku cuba belajar dari kesilapan. Tak kisah, means, aku maafkan. Sebab aku pun kadang-kadang terlepas cerita hal orang lain. Aku harap orang lain pun maafkan juga aku. Mana tahu lau takdir aku kat Bumi ni sekejap je kan. :) Huhu..


Conclusion lepas menaip tak sudah ni, aku nasihatkan, Dont judge a book by its cover, Dont judge a heart by his face. Eh suka-suka aku je ubah-ubah kan. Sebelum ni, aku nak kawan, aku selalu dengar cakap orang lain dulu, semua mesti yang buruk-buruk. Bila aku dah kawan, ok je. We can't judge people by their attitude cause we never know, what did they hide behind their smile. Okeyh? Keep improve our life.:)


Saturday, October 1, 2011

weekend : kerja

 Selamat siang kawand-kawand Cemuaaah :-)


Hari ini weekend yang sangat melelahkan sekali nich.......Tapi kita mesti teteup ceria demi masa depaaaan :-)
Selamat weekend ya teman-teman Cemwah......
haihhh kerja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... free counters