Saturday, May 28, 2011

Datang, Pergi, Hilang & Tiada Selamanya ?

Adakah ini cinta ? walaupun aku tak mengakui itu adalah cinta..hekhek  Hakikatnya memang saya tolak benda ni jauh-jauh..
Cinta tu boleh buat orang jadi bodoh kan ? Dan adakah aku tergolong dalam kes ni ? Kisah seorang kawan. Hanya kawan. Tapi mungkinkah berperasaan lebih dari kawan ?
Aku dah penat dengan semua ni. By the time aku post entry ni, aku harap dia tak kembali lagi. Dan aku sangat menyesal kenal ko. Cukupla kot.
At first, memang ko nice, so nice ler sangat. Bukan aku tak pernah kenal lelaki, tapi aku pun tak tahu kenapa dalam ramai-ramai dia yang paling top kat hati aku. Haissshh! Dem!
And you are too special. Dalam ramai-ramai, ko yang lebih di hati aku. I admit that. Dan sebab ko,aku sanggup tinggalkan orang yang sayang aku. Aku sanggup abaikan few people around me just because of you. Aku tak hiraukan orang yang nak tackle aku. Just because of you.
But, pada satu masa tu, suddenly ko jauh & amp; makin jauh dengan aku. SMS tak reply. Ingat lagi since january aku kat Melaka... Dan ko dah tak call aku macam ko call aku before this. Sampai hampir setiap malam aku tertunggu-tunggu..
April; Memang aku quite down just because of you. hebat betul kan penangan ko wahai Z*******. Sampai ada orang lain yang tolong aku, tolong contact ko.
Ye, sebab aku ego. Bila cakap macam ni, ko akan cakap “kenapa tak call je, saya ok la” .. Memang aku takkan call ko. Ok, ego aku kadang2 mengatasi segalanya. Aku takkan tunjuk yang aku suka awak.
Di pertengahan April ko diam, bisu 1000 bahasa. Tak tahu perkembangan ko. Tahu pun dari orang lain. Pada masa tu aku tertanya-tanya, dan lagu inila yang bermain di fikiran aku; Dadali~ Di Saat Aku Mencintaimu..
And I keep asking myself; kenapa ko pergi masa saku dah start suka ko, sayang ko. Belum sampai tahap cinta. Dan aku rasa macam, ohhh.. Aku perlukan masa untuk lupakan ko. Yeap, aku dapat lupakan ko. yeah aku cool. Walaupun kawan ko bagitau aku pasal ko,aku cool lagi. Aku tough.
Tapi dalam masa saya cool tu, I cannot lie to myself. Seriously. Of course aku still teringat ko. And I still hope that;
Yeap, I want you to come here, meet me & I will tell you about my feelings..And guess what, penantian saya selama 20 weeks akhirnya.. Pada satu malam tu aku masih berharap ko akan call and mesej aku seperti sebelumnya. Suddenly ko tak call jugak. Hanya satu doa aku hari ini yang aku pinta dari-Nya, dan esoknya seolah-olah Allah makbulkan permintaan aku, harapan aku itu
Aku rasa macam entah pape je kan. Selama tu juga everyday aku menanti engko.Ya Allah.. why did you make me miss him ?
Esok 28 May 2011 tarikh dimana aku berkerja dan hari ini juga lah aku kuar dengan kawan aku ke shopping mall. Guess what happen to me? Hoho. Ehmm aku terjumpa ko berpegang tangan dengan orang lain di hadapan mata aku dan ko buat aku macam orang ko tak pernah kenal aku. Aku nak tanya ko, apa perasan ko bila orang buat kat ko? Tapi aku berjiwa agak kental. No Men No Cry.Selepas itu aku di tinggalkan lagi. Ko pergi lagi. Senyap, jauh dan makin jauh dan yang pasti ko dan Jauh . That time aku dah ready kalau ko pergi. Walaupun masih ada secebis harapan; tapi aku redha. Dan aku juga berusaha menjauhkan diri walaupun dalam masa yang sama saya masih mengikuti perkembangan ko dari jauh.
Penantian 6 bulan itu.. Sudah cukup buat aku bersedia kehilangan ko.Memang aku dah terlalu redha kalau ko tak kembali lagi. Aku sedar aku pipt yang tak layak dengan enggang. Terus terang buat aku menangis dari kantoi didepan aku yang menyakit mata aku. dayus!
Dan sehingga sekarang; . I will try my best to push you far away from me. insyaAllah..
Or I’m too fool because of this ? Berhenti berharap. Thanks mainkan perasaan aku selama ini. Pergi jauh-jauh. Don’t ever come again.. People, can you imagine how special this guy erm ? Susah untuk jatuh cinta, susah untuk berperasaan macam ni. Guys come and go in my life. Too many. But not this one, special case. Sukar untuk lepaskannya.. Memanglah, sekali kena panahan benda ni, hancus.
Tapi saya cool kan ? I can smile to all people around me. Aku simpan semua. Aku pendam segalanya. Bukankah aku sangat bagus simpan semua apa yang aku rasa sampai takde yang dapat kesan ? Yeah, aku meneruskan hari-hari bersama kawan-kawan yang lain tanpa menunjukkan sikit pun reaksi ni. heeee.. Don’t worry. Aku seorang yang sangat bagus memendam rasa dan menyimpan rahsia. hekhek Takde orang dapat kesan. haha

Just a short story ;) *wink* … Cerita dongeng la sangat kan :P ..
Filed under heart (:

Friday, May 27, 2011

DOA AKU HARI INI


SEANDAINYA DIA BUKAN MILIKKU LAGI 

Ya allah ya tuhan ku….
Jika dia bukan milikku lagi…
Kau hilangkan perasaan cinta yang pernah wujud di dalam hati ini….
Biarlah perasaan cinta itu hanya wujud sekali sahaja untuknya….

Aku tak sanggup menangung derita mencintai dan merindui nya lagi…
Sedangkan ku tahu dia bukan milikku lagi….
Aku doakan dia bahagia bersama insan lain….
Dan aku juga mahu diri ku bahagia…..

Ya Allah ya tuhan ku…
Kau bebaskan perasaan ku ini…..
Terlalu sengsara rasanya memiliki perasaan cinta ini….
Jika memang waktu untuk aku mencintainya telah habis….
Kau tutup kan perasaan cintaku ini untuknya….
Agar bayang2 cintanya tidak terus menghantui hidup ku ya Allah…

Aku tahu aku terlalu mencintainya….
Setiap masa ..setiap saat…
Pasti terbayang memori2 indah aku bersamanya….
Kehilanganya memang sukar ku terima….

Aku tahu…dia takkan kembali kepada aku lagi….
Aku terima ujian mu ini ya Allah dengan hati yang terbuka…
Walaupun terlalu berat untuk aku hadapinya….
Aku insan yang lemah….
Tetapi aku tak mahu terus lemah…
Lemah hanya kerana gagal dalam bercinta…
Sedangkan cinta yang hakiki hanya lah padamu Ya allah….

Ya Allah ya tuhan ku…..
Bantu lah aku untuk melupakan nya ya Allah…
Aku mahu terus hidup dalam dunia yang nyata …
Aku tak mahu terus merasa derita mencintai dan merinduinya ..
Mencintai dan merindui dia yang bukan lagi miliku…

Aku telah merelakan dia pergi ya allah…
Aku terima dengan pilihanya ya allah..
Aku redha jika takdirnya dia bukan jodohku….
Dan…aku juga mahu cintanya juga pergi…

Biarlah kisah cinta aku dan dia menjadi sejarah…
Sejarah yang lebih mematangkan aku …
Sejarah yang menjadikan aku lebih kuat….
Sejarah yang menjadikan aku lebih bersyukur ….

Ya allah ya tuhanku…
Terlalu berat ujian cinta ini…
Jadikan aku hamba yang lebih kuat ..
Agar aku tidak lalai dalam kesedihan cinta ini ya allah…

Semoga satu hari nanti cinta di hati ku ini akan berputik kembali….
Dan jika saat itu telah tiba ya allah…
Kau jatuh kan lah cinta ku itu pada …
Seseorang yang melabuhkan cintanya padamu ya allah..

amin2…ya rabbal al amin…. 


i have no comment about you. :(

I am not a perfect lover. I say what’s on my mind. I start fights. I get jealous and sometimes I don’t want to understand things to avoid pain. I am demanding. I am childish. I am moody. But there are three things that I love about me. I am faithful, sweet and when I chose you, it is only you.

sekiranya benar dia

Ya ALLAH Ya Tuhanku..

sekiranya benar dia yang ditakdirkan untukku..

Kau rapatkanlah lagi hati kami berdua dalam mencari keredhaanMu..

gandakanlah perasaan takut kami terhadapMu agar kami tidak terpesong dari jalan yang telah Engkau tetapkan..

Ya ALLAH Ya Tuhanku..

dan sekiranya dia bukan takdirku..

kau jauhkanlah dia dari sisiku..

hilangkanlah bayang2nya dari pandangan mataku..

luputkanlah dia dari mimpiku..

hanya padaMu tempat aku berserah..

hanya padaMu tempat aku memohon petunjuk..

amin..


amin..


ya rabbal a'alamin..




I am not a perfect lover. I say what’s on my mind. I start fights. I get jealous and sometimes I don’t want to understand things to avoid pain. I am demanding. I am childish. I am moody. But there are three things that I love about me. I am faithful, sweet and when I chose you, it is only you.

Saturday, May 14, 2011

syukur

selamat pagi sume...
hai bersyukur sangat-sangat setelah 3hari my blog jadi weng..hihi.. disebabkan salah saya jugak yang tak habis-habis nak modify blog nak jadi macam tu la macam ni la..nasib baik my blog jadi macam sediakala..hihi..alhamdullilah. yelah setahun lebih da umurnye and macam-macam da yang tercatit, mestilah sayang ape yang saya catit..gambar sume ade..

Thursday, May 12, 2011

Spontaneous Thursday #2


Spontaneous Thursday #2

ni first spontaneous thursday aku..hehe 

Friday, May 6, 2011

get back from perak

Assalamualaikum...


hai semua ;) baru sekarang ni aku tahu yang Taiping is not that bad! worth to go for a visit. kalau korg masih lagi berfikir nak pergi mana lagi kt perak ni selain air terjun, shopping mall & etc, apa kata pakat mai pi Taiping (promote taiping tapi guna loghat kedah @_@). especially to those yang nk jalan-jalan, amik udara segar sambil menikmati pemandangan indah, taiping memang tak menghampakan

masa aku pergi hari tu, aku cuma sempat pergi 4 tempat je, itupun ade yg tak habis explore lagi. rasa geram pulak, ni yg rasa nak pergi lagi ni. baru best sikit nak berlagak dengan orang yang belum pergi lagi. heeee.. basically, ini tempat menarik yang aku cadangkan untuk korg;

Burmese Pool

actually, bukan pool pun sebenarnya. air terjun jgk. bukan air terjun dalam bahasa omputih waterfall ke? tu la pentingnya english education ;p macam biasa, nak masuk sini kena bayar parking la, RM 2. air tejun kt sini ada banyak tingkat. ktorg hari tu tak bwk baju mandi, jadi main rendam-rendam kaki jela. memang sedap la kalau dapat mandi. bayangkan korg dah berjalan dari pagi, hari panas terik, badan berpeluh-peluh..dapat mandi air terjun yg sejuk memang nikmat la. tapi nasi da jadi bubur...xguna nk dikenang. cuci mata jela instead of cuci badan. haha




 Taman Tasik Taiping

this is my favourite place of all. pemandangan sangat cantik. terasa macam kt tempat lain. tak sangka ada tempat macam ni kt malaysia ;p even jalan raya pun terasa macam ada terowong yang dibina dari pokok-pokok. taman ni memang besar, tapi sebab cantik, tak terasa la berjalan jauh. excited kot. heee..banyak married couple yg amik gambar kt sini. sepanjang jalan, asyik terserempak dengan diorg je. nampak tak kt situ? tempat ni memang menarik kn? aku tak tipu..hee

kalau korg rasa malas nak berjalan kt darat, korg boleh pilih untuk tengok pemandangan naik swan boat, boat kecik, atau sampan. kalau naik swan boat, harga RM 6 tak silap. masa petang memang panjang queue, jadi kena bersabar la nk tunggu turn tu. aku nak naik tapi sapa nk tolong aku kayuhkn? aku nk jadi penumpang je ;D

cantik sangat taman tasik ni! tapi sayang xde pic aku.ade lagi tempat aku pergi,tapi aku xambik banyak la..handphone battery low.:( InsyaAllah ade rezeki aku pi lagi yeah.(sedapkan hati).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... free counters