Tuesday, October 13, 2015

Diet Atkins (FASA 1)

SSALAMUALAIKUM.
Diet Atkins bukan sesuatu yang membahayakan kalau kita buat dengan betul dan berdisiplin. Malah, dalam masa beberapa bulan kesannya kita dapat rasai. Jadi, kenapa masih nak persoalkan kalau ramai yang berjaya turunkan berat badan ke tahap yang mereka mahu. Insyaallah.. nik pun kalau boleh nak kurangkan 20-22kg lagi. Macam mana boleh 'jumpa' diet atkins ni? Korang baca entry Diet Atkins: Serasikah?
Amaran: Pesakit buah pinggang & Ibu hamil tidak boleh mengamalkan Atkins Diet. ibu mengusukan anak tidak digalakkan buat induction, tetapi masih boleh buat low carb diet(bawah 160g carb)

 

Diet Atkins (INDUCTION/FASA 1)
Induction berlangsung selama 2 minggu(PALING SINGKAT). Tapi kalau berat badan korang terlalu berat dan obes ataupun lambat menyusut korang boleh kekalkan/tambah jangka masa Induction(20g carbs) selama 2-6 bulan ke atas dengan selamat. 

Makan yang Dilarang semasa Induction
  1. Semua jenis beras/nasi, semua jenis mee & spagetti.
  2. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
  3. Gula pasir, gula melaka, gula perang, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
  4. Semua jenis buah-buahan & jus buah-buahan
  5. Semua jenis minuman bergula, milo , barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
  6. Segala bentuk kekacang, tempe & sebagainya.
  7. Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam(bertepung)
  8. Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
  9. Sos & Kicap (kebanyakkannya tinggi karbohitrat)
  10. Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak. 
  11. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  12. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim, twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
  13. Elakkan kopi, teh dan minuman ringan yang mengandungi kafein. Kafein yang berlebihan menyebabkan gula darah yang rendah, yang boleh membuat ketagihan gula.
  14. Sate yang diperap dengan gula @ madu. Keropok lekor, oat, otak-otak, sata.
Makanan yang boleh dimakan.
  1. Ayam(semua bahagian) - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.
  2. Telur ayam, Telur itik, Telur ikan. - telur dadar, rebus, goreng.
  3. Ikan, Udang, Ketam -  (kurangkan sotong & kerang kerana karbohidrat tinggi.)
  4. Daging(semua bahagian) - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai, keropok kulit lembu.
  5. Sayur, terutamanya sayur hijau. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun, Rumpai laut. Kurangkan lobak merah, kacang panjang, bendi & tomato.
  6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Cuba limit kepada 2-3 keping sehari.
  7. Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
  8. Burger & hotdog? daging sahaja, roti2 buang...(pastikan burger rendah karbohitrat)
  9. Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
  10. Garam & rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
  11. Minyak masak, olive oil & sebagainya.
  12. Chewing gum yang sugar free, selalunya 1 carb sebiji, cukup 2 or 3 biji sehari kalau nak makan.
  13. Psyllium husk, teh hijau, teh herba, teh org kampung.(tanpa gula)


    Syarat-syarat semasa Induction
    1. Pastikan cukup minum air, 1 liter setiap 25kg berat anda atau lebih.  (Penting) 
    2. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 8.00pm atau 4 jam sebelum tidur. Jangan ponteng makan(menyebabkan badan dalam mood lapar & metabolisma menurun) 
    3. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Jangan menganggap apa-apa makanan rendah karbohidrat tanpa membaca label! Periksa kiraan carb (pada setiap paket) 
    4. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat.  
    5. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang tidak dibenarkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. 
    6. Berjaga-jaga untuk karbohidrat yang tersembunyi dikuah . Kuah sering dibuat dengan tepung atau tepung jagung dan gula. 
    7. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway. 
    8. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.BERHATI2 KETIKA MAKAN DI KEDAI, tomyam/sup kemungkinan ada gula dalam masakan. 
    9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula. 
    10. Kurangkan makan berproses seperti burger & hotdog(boleh makan, cuma kurangkan)

"Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak."


Macam dalam syarat Induction kat atas, kena minum banyak air. Kalau boleh untuk setiap 25kg berat kita, 1 liter kena habiskan. So, kalau berat korang 75kg, kena minum 3 liter lah. Macam nik, memang susah sangat nak minum sebanyak tu. Tapi demi nak capai target, nik paksa diri je sekarang ni.  Dalam  diet atkins ni, kita minum air dalam kuantiti yang banyak untuk mengurangkan air sebanyak mungkin di dalam badan kita.  
 
Mesti korang tertanya-tanya macam mana kan? 
 
"Bila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas."

Kenapa tak boleh makan buah-buahan?
 
Nik pun mula-mula terkejut monyet. Dah apesal pulak tak leh makan buah. Selama ni nik diet makan buah banyak. Tapi for sure.. sekilo dua yang turun. takat tu je.
 
Korang.....buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula ni akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar dan sentiasa lapar.

Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan 


"Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu."
 
Mesti korang terfikir kan.. dah semua tak boleh makan, nak makan apa je? Satu stigma yang memang susah nak ubah! Kalau diet tak leh makan ayam.. takleh makan daging. Baca jadual kat bawah. Korang boleh makan keju.. Kegemaran kan? Korang boleh makan ayam! Kfc pon boleh tapi buang kulit. Burger pun boleh tap buang rotinya!! see. semua makanan kegemaran boleh makan. Yang penting, kalau jumlah karbohidratnya tinggi, jangan sesekali makan atau beli. 
 
Contoh sarapan / Breakfast
  1. Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
  2. Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
  3. Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
  4. Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
  1. Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
  2. Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
  3. Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
  4. Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
  5. Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)
  
Nak seribu daya. Tak nak seribu dalih. Pilihan dalam tangan korang sendiri ye, tak sesiapa memaksa. Tapi nik pilih Diet Akins :)

Monday, October 12, 2015

beza bahan tepung , kastad , agar-agar , butter , cream cheese dll.

Sebagaimana yang telah ita janjikan. Ini adalah antara bahan-bahan yang sering ita gunakan dalam setiap masakan ita tak kiralah kuih-muih, kek atau apa-apa sahaja hidangan yang terdapat di blog.
Ita harap dengan penerangan ini dapat membantu adik-adik di luar sana untuk membuat rujukan. Tak semestinya mengikut apa yang ita gunakan, anda boleh juga mengunakan brand lain jika dirasakan sesuai dan selesa.

Apa-apa sahaja bahan-bahan yang ita gunakan adalah bahan yang biasanya ita lihat emak ita gunakan, atau juga bahan-bahan ini mudah ita dapati dari kedai yang berhampiran dengan kediaman ita.




Kita mulakan dengan tepung gandum.
Tepung ni memang wajib ada di dapur. Kalau habis kena segera ke kedai. Biasa ita beli lebih-lebih, simpan stock.
Biasanya tepung gandum ita lebih selesa menggunakan cap sauh. Selain ianya mudah di dapati di Johor Bahru, ia juga adalah tepung yang selalu digunakan oleh emak ita untuk setiap juadah yang beliau sediakan. Sekarang ita pula meneruskannya untuk juadah anak-anak ita pula.

Anda boleh juga menggunakan lain-lain brand yang terdapat di pasaran seperti cap lili, 1 Malaysia, cap kunci atau lain-lain lagi.
Tapi untuk sesetengah kek atau kuih ada kalanya bila ita tukar ke brand lain ia tak berapa cantik, contoh macam kek rainbow, jika ita guna cap lain ia tak naik cantik seperti bila ita menggunakan cap sauh. Kuih pun begitu juga, ada sesetengah kuih bila guna cap sauh ia lebih cantik kejadiannya. Oleh kerana itu cap sauh ni harganya lebih mahal sikit berbanding jenama lain.

Tepung Beras
Tepung beras biasanya ada banyak jenis. Yang biasa ita lihat kalau di Johor bahru ni tiga jenis yang di atas. Kalau ita buat kuih, biasanya ita akan menggunakan tepung beras cap gajah 3. Gajah yang tiga ekor, tepung yang tengah dalam gambar di atas. Menurut emak ita yang biasa membuat kuih-muih tradisional, tepung gajah 3 ni menghasilkan kuih yang lebih lembut dan cantik berkilat.

Gajah satu pula, biasanya emak gunakan untuk menyediakan goreng pisang, atau kuih muih yang di goreng seperti kuih gendang kasturi. Menurut emak ianya lebih rapuh.

Gajah 5 pula, ita tak pernah nampak emak gunakan. Tapi biasanya ita lihat jiran emak selalu menggunakan tepung beras gajah lima untuk membuat laksa. Jadi bila nak buat laksa, ita gunakan tepung beras cap gajah 5.


Ini pula tepung yang dikhaskan untuk sesuatu kuih. Contohnya kalau kita nak buat pau, kita gunakan tepung pau. Tepung untuk pau ni biasanya telah diproses untuk menjadikan ianya lebih putih halus dan gebu.

Tepung halus lagi putih pula biasanya digunakan untuk buat kuih yang seperti gambar dalam kotaknya tu. Tapi ita jarang beli tepung ni, kecuali jika dalam resepi menyarankan menggunakan tepung halus lagi putih, barulah ita gunakan tepung ni. Kalau tak ita gunakan tepung gandum sahaja.

Self raising flour pula biasanya digunakan untuk membuat kek. Itu pun jika dalam resepi mencadangkan tepung ni barulah ita gunakan. Jika tidak ita gunakan tepung kek yang timbang aje, ita beli dari kedai bakery, sebab tepung ni mahal sikit.. Tepung ini telah dicampurkan dengan baking powder atau soda bikarbonat. Jika resepi mencadangkan tepung ini dan tiada pula dalam simpanan, atau telah kehabisan stock, kita boleh gantikan dengan mencampurkan 250 gm tepung gandum bersama 1 sudu besar baking powder. Kemudian semua bahan ini di ayak. Dah pun jadi tepung Self Raising Flour.... hihi.  

Untuk lain-lain tepung biasa ita guna tepung beli timbang kat kedai bakery, macam tepung Ros, tepung Roti, Hingh Protin (HP) atau Low protin (LP) dan lain-lain lagi.

Tepung kastard pula biasa pilihan ita Bird's Custard. Kalau tepung jagung pula tak kisah, mana-mana brand pun tak kisah.


Kalau buat puding pula ita suka guna cap bintang, kalau tak ada barulah ita guna cap burung layang-layang. Untuk jely pula biasanya ita gunakan 2 brand jely di atas. Tak kisah mana-mana pun ita biasa guna.


Susu cair pula biasanya ita suka guna Carnation. Selain ita sukakan rasanya yang lemak, baunya yang harum juga sangat menambat selera ita. Jika dah tak ada barulah ita guna Ideal.


Minyak pula dalam penyediaan kek yang menggunakan minyak, biasanya ita gunakan minyak Mazola. Sebenarnya minyak ni tak kisah, apa-apa sahaja minyak makan pun boleh digunakan. Terpulang pada citarasa..


Untuk butter pula kebiasannya ita guna SCS, sebab ianya mudah di dapati di mana-mana supermarket. Kadang-kadang kat kedai runcit pun kita boleh beli. Ia ada 2 jenis, iaitu yanga bergaram 'salted' atau yang tak bergaram 'unsalted'. Sebenarnya mana-mana pun boleh guna, cuma jika guna yang bergaram tak perlulah letak garam lagi. Dan jika guna yang tak bergaram, ikut keselesaan nak letak garam atau tidak. Butter yang tak bergaram lebih lembut dan lebih sedap, harganya juga lebih mahal sedikit berbanding yang bergaram.

Jika tiada, barulah ita beralih kepada Ancor. Ita tak pernah guna butter Golden Churn kerana bimbang tentang halal atau tidak. Sekejap halal kejap tak halal.. daripada was-was baik tak usah guna.. itu pendapat ita sahaja..


Cream cheese pula, biasanya ita guna Philadelphia. Tapi kadang-kadang susah sikit nak dapat dekat pasaraya, ada sesetengah pasaraya sahaja yang jual cream cheese ini. Kalau kat bakery biasanya memang mudah!. Jika dah payah sangat nak jumpa ita akan beralih pula kepada SCS.

Tapi pada ita Philadelphia lebih sedap!


Pewarna dan perasa makanan biasanya untuk buat kuih tradisional ita guna Star Brand. Ita sukakan warnanya. Lagipun produk ni dah berkurun di gunakan dari zaman mak ita lagi. Ianya juga sangat mudah di dapati di pasaraya.

Bagi kek dan kuih, biasanya ita guna perasa makanan yang oil- based (berasaskan minyak). Ianya tahan lama dan baunya kekal. Jika guna yang water- based ( berasaskan air), bila kita bakar kek kita, ia akan terpeluap dan baunya tidak kekal lama. Sebab tu bila kek kita dah siap di bakar, baunya pun dah hilang wangi dan harum. Jika guna oil-based.. emmm... harumya.. menusuk ke kalbu.. satu rumah berbau harum..

Ita suka paste vanilla (oil- based) yang ita beli dari Chef Amer. Baunya tahan lama dan kekal dalam kek. Ia membuatkan kita berselera nak makan dan tak sabar nak potong kek kerana baunya yang tersangat lah... harum. Bila dah guna yang ni.. memang tak nak guna yang lain. Ita tak ada gambar sebab masa ita beli Chef letak dalam botol kecil. Sebenarnya menurut Chef ia beli dalam botol besar entah.. berapa liter atau gelen pun ita tak tau.. hihi

Untuk pewarna kek atau cream, ita lebih suka menggunakan Wilton colour. Ada pelbagai pilihan colour dan semuanya cantik-cantik. Warnanya juga tidak berubah bila kek dibakar. Malah ia menjadikan warna kek lebih berseri. Cuma harganya sangat mahal berbanding pewarna lain. Nak guna pun sikit-sikit aje.. sebab sayang.. mahal tau!! kena jimat.. jimat

Berbeza dengan Wilton, Ameri pula product yang baru ita nak cuba. Apa yang menarik, pewarna Ameri datang dengan 2 pilihan, water- based dan oil- based. Mudahlah jika ita nak warnakan coklat. Sebab coklat tidak boleh di campurkan dengan pewarna makanan berasaskan air, nanti coklat kita cepat mengeras. Lagi satu terdapat banyak sangat warna, termasuklah warna gold dan silver. Harganya juga lebih murah dari Wilton. Cuma warnanya ni, bila kita letak dalam kek dia berubah bila kek dah masak.. kita nak warna lain jadinya warna lain.. Untuk buttercream tak ada masalah..

Whipping Cream ni ada 2 jenis tau jangan keliru. Satu Non dairy Whipping Cream dan satu lagi Dairy Whipping Cream.
Non Dairy ~ Bukan tenusu dari lemak sayuran seperti minyak kelapa sawit
Dairy ~ Bahan tenusu iaitu berasaskan susu haiwan
Jika masih tak boleh bezakan 2 bahan ni boleh baca entry ita sebelumnya di SINI
Untuk gambar Whipping Cream di atas ianya adalah Non Dairy Whipping cream yang selalu ita gunakan. Ita sangat suka guna jenama Rich, selain ianya sedap lemak berkrim disukai ramai, ia juga mudah ita dapati dari kedai bakery yang biasa ita kunjungi. Kalau kat pasaraya memang tak ada.. 
Ita suka guna yang kotak bewarna biru, sebab ia boleh di campur dengan apa-apa jus menjadikan cream kita berperisa. 
Kalau nak perasa coklat pula ita guna kotak coklat. Jika buat ganache, ita suka campurkan dengan whip toppping coklat, sebab rasanya lebih sedap!! yummy.. sampai ita asyik suap ke mulut aje.. nah.. sekarang badan pun dah naik.. makkk aii..
Yang kotak gold tu memang biasa digunakan, kita putar aje sampai kaku dah boleh guna untuk melempa kek.
Kek menggunakan Whipping Cream lebih sedap! macam rasa ice cream berbanding dengan yang menggunakan buttercream yang lebih rasa butter atau lemak.. 
Cuma, kek ni tak boleh terdedah  di luar, kerana nanti creamnya cepat mencair. Oleh itu kena sentiasa pastikan berada di peti ais.
Jika di bandingkan antara kotak biru dan kotak gold, ita lebih suka kotak biru, sebab ia lebih tahan lama diluar.. lambat mencair dan lebih sedap! tapi terpulanglahkan sebab harganya pun mahal sikit aje dari yang kotak gold tu..
Whipping cream ni, jika kita dah pukul sampai kental dan licin, terus salut atas kek. Jangan letak dalam peti ais dahulu lepas tu baru nak salut atas kek.. sebab nanti ia akan jadi kasar dan tak cantik bila kita salut atas kek, nampak kasar dan comot.
Jika payah nak jumpa jenama Rich, boleh lah gantikan dengan Value Pride. Tapi yang ni ita tak pernah guna lagi. Sebab dah terbiasa guna Rich.. insyaallah ita akan cuba dan ita akan bagi tau apa bezanya.. manalah tau kot-kot lebih sedap! tak cuba tak tau kan..
Ini pula adalah Dairy Whipping Cream. Ia berasaskan bahan tenusu dan tidak sesuai untuk menyalut kek kerana ia mudah cair. Sebenarnya ia bukan untuk menyalut kek pun, apatah agi untuk letak atas pavlova atau sebagai filling durian crepe, sebab ia memang cepat sangat mencair.. memang tak sesuai. Cara memukulnya kena berhati-hati sebab jika terlebih pukul ia akan mencair semula dan terpisah antara lemak dan buttermilk.

Biasanya ianya di letakkan di atas minuman ice blended atau juga untuk topping. Sesuai jika di letakkan pada ganache.
Ia tak berperisa dan perlu di letakkan gula untuk memberikan rasa manis. Tambahkan juga sedikit vanila untuk rasa yang harum.

Ramai yang keliru antara Non Dairy Whipping Cream dan Dairy Whipping Cream. Disebab kan Dairy Whipping Cream ni mudah kita jumpa di pasaraya, ramai yang menjangkakan ianya adalah sama..
Lepas tu bila pukul dan terlebih pukul dan mencair.. mula panik..
Banyaklah email dan PM kat FB ita bertanya  kenapa whipping cream tu cair..
Jenuh nak jawab satu persatu..
Lebih ralat lagi.. banyaknya berlaku pembaziran akibat dari kesilapan yang tak disengajakan...
Bahan-bahan ni pula bukannya murah harganya..
Harap bila ita terangkan ni adik-adik dapat faham dan tak salah beli lagi selepas ni.. ^_^


Pilihan coklat ita pula pastilah dari jenama Le Bourne. Selain rasanya yang sedap, rupanya yang berkilat, rangup dan cara pengendaliannya juga mudah.

Coklat datang dalam 3 jenis iaitu:
Coklat tulen ~ Counverture
Coklat Tiruan / masakan ~ Compound
Coklat Tanpa gula ~ No Added Sugar

Coklat ini pula ada
Dark Chocolate ~ coklat gelap
Milk Chocolate ~ coklat susu
White Chocolate ~ coklat putih

Terdapat banyak jenama coklat dipasaran. Biasanya coklat untuk masakan terdapat di kedai menjual bahan masakan. Jangan pula gunakan coklat yang jual kat supermakket seperti Cadbury, Van Hauten,  M&M , Toblerone dan lai-lain  tu tau! tak sesuai..

Ita rasa cukup sampai sini dulu kot.. nanti ita tengok balik pertanyaan di email dan FB mana tau  kalau-kalau ada yang tertinggal. Kalau ada nanti ita masukkan kemudian ye..

Semua gambar ita ambil dari Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... free counters