Sunday, January 1, 2012

good bye 21, hello 22 !


Salam Two Zero One Two semua ! heee tahun baru dah kite =)

sudah ada azam baru kan kamu?

Jika ada azam, maka adalah sasaran dan matlamat yang hendak dicapai. Setiap orang pasti ada azam masing-masing setiap kali tibanya tahun baru. Ada orang berazam ingin berhijrah dari nakal kepada yang lebih baik, dari hidup yang biasa-biasa ke hidup yang luar biasa, dari kegagalan ke kejayaan demi kejayaan, azam nak kahwin dan bertemu pasangan, dan bermacam-macam jenis azam lagi. Biasanya berazam untuk ke arah kehidupan yang lebih baik.

Cabaran Tahun 2012
Tahun 2012 pasti memberikan cabaran yang berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Setiap kali tibanya tahun baru, pasti umur kita juga akan meningkat. Begitu juga dengan corak pemikiran kita yang semakin matang. Namun, biar umur meningkat tapi nampak muda daripada muka matang tapi perangai macam budak-budak. Biarlah kematangan pemikiran kita seiring dengan umur kita yer atau berfikiran matang jauh melebihi umur tapi bukan sebaliknya.

Azam Tahun Baru 2012 saya ialah..
Dari segi kerjaya, aku mahukan kerjaya yang tetap dan stabil. Kerja aku sekarang nih pun alhamdulillah, walaupun hanya makan gaji, tapi cukup untuk aku dan keluarga buat masa ini. Tapi kalau ada peluang yang lebih baik, apa salahnya mencuba bukan.
Umur semakin meningkat, kerjaya yang stabil dan yang lebih penting dekat dengan keluarga. Kerja dan keluarga perlulah seimbang sebab kedua-duanya sama penting.
Tahun 2012 ni nanti, harap-harap dapatlah tempat kerja yang lebih mantap dan dekat dengan keluarga. Bukan apa, dapatlah lebih masa dengan keluarga. Kerja jauh nih susah, takot duk sorang2.*wink*
yes, from now ~!
Harapan aku juga akan bertemu lebih ramai lagi rakan-rakan lama atau yang baru pada tahun 2012 ni. =)

kalo boleh , nak g Paris taon ni. InsyaAllah. hihi :)

i wish =) 2012


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... free counters