Friday, December 28, 2012

Apa itu PayPal?


Apa itu PayPal?
PayPaladalah salah satu alat pembayaran menggunakan internet untuk membuat pembelian online atau menerima duit.PayPalbanyak digunakan untuk urusan jual-beli dan dijamin selamat.
Selamat yang dimaksudkan adalah tanpa perlu mendedahkan nombor kad kredit atau maklumat kewangan kita.

Kelebihan menggunakan PayPal
* Cepat– pembayaran dibuat serta-merta
* Privasi– PayPal tidak mendedahkan maklumat kewangan kepada penjual.
* Global– PayPal diterima hampir kesemua negara di dunia ini, ia juga boleh digunakan untuk membuat bayaran pada peringkat tempatan ataupun antarabangsa.
* Mudah– Menghantar wang / Membuat pembayaran dengan hanya berberapa klik sahaja.
* Dipercayai– Mengetuai dalam industi membasmi penipuan kad kredit dalam menjaga keselamatan datapelanggan.
* Keberkesanan– Ianya adalah percuma untuk menghantar wang, dan PayPal sesuai digunakan untuk pelbagai jenis perniagaan.

CARA DAFTAR PAYPAL

Pastikan anda ada debit kad Maybank yang sah (kad ATM yang ada gambar cherry) dan boleh check secara online. Kalau belum lagi aktif untuk kegunaan online boleh lihatdisini.
Untuk debit kad bank yang lain, anda perlu pastikan cara setting dengan bank masing-masing. Sebab lain bank, lain cara settingnya.
1. Buka linkwww.paypal.comdan kliksign up.
paypal1 Cara Buka Akaun Paypal Guna Kad Debit Maybank
2. Bila dah klik sign up, akan keluar gambar seperti dibawah. Jangan lupa pilih negara dan klik ‘get started‘ kat bahagian ‘premier‘.
paypal2 Cara Buka Akaun Paypal Guna Kad Debit Maybank
3. Lepas tu, isi form yang keluar dengan maklumat yang betul. Untuk bahagian nama, Jika nama anda ada 3 suku kata, contoh :Nur Alya Adriana, isi macam biasa..
Tapi jika nama anda cuma 2 suku kata, contoh:Nur Alya, isikan‘first name’ dengan Nurdan‘last name’ dengan Alya. Biarkan middle name kosong.
paypal3 Cara Buka Akaun Paypal Guna Kad Debit Maybank
4. Bila dah isi form, klik ‘agreed and get started’. Bila sampai tahap ini, akan keluar gambar seperti di bawah.
PAYPAL4 Cara Buka Akaun Paypal Guna Kad Debit Maybank
5. Apa yang perlu anda buat,hold dulu. Kemudian anda log in Maybank2u guna tab yang baru yer dan secara auto, akan keluar gambar seperti di bawah.
Lepas tu jangan segan silu untuk kik‘Maybankard Secure Online Shopping Registration‘ di bahagian yang dibulatkan itu.
paypal5 Cara Buka Akaun Paypal Guna Kad Debit Maybank
6. Isi apa-apa yang patut kat form bawah ini. Lepas tu klik save. Dan kembali pada laman paypal tadi.. Untuk halaman paypal yang hold tadi, boleh la diisi kad number yang ada di bahagian depan kad ATM,
expired date dan CSC. Apa itu CSC, nanti klik sendiri kat ‘what’s this?‘. Settle semua, klikcontinue.
paypal6 Cara Buka Akaun Paypal Guna Kad Debit Maybank
7. Lupa pulak nak bagitahu, pada tahap ni PayPal akan potong RM10 dariakaunMaybank untuk pastikan no kad yang dimasukkan tadi adalah milik sendiri dan bukan orang lain.
Tapi jangan risau, selepas debit kad confirm, PayPal akan kembalikan RM10 tersebut ke dalam akaun PayPal.
8. Biasanya, untuk confirmkan debit kad tersebut akan mengambil masa 2 ke 30 hari. Ikut statement bank. Kalau maybank 2 hari je dan boleh check terus secara online tanpa perlu tunggu statement sampairumah.
9. Cara nak confirmkan debit kad, log inakaunPayPal kemudian klik ‘confirm debit card‘ dan masukkan4 angka rahsia.
Dari mana nak dapatkan 4 angka rahsia tu?? Ok, 4 angka tu boleh dapatkan di statement maybank.
10. kena log in duluMaybank2u. Lepas tu, klik ‘accounts and banking‘ kat tab menu. Dan seterusnya klik ‘wadiah saving account‘. Kemudian akan keluar gambar kat macam kat bawah ni.
paypal8 Cara Buka Akaun Paypal Guna Kad Debit Maybank
11. Sila la klik ‘debit card history’, macam den tunjuk kat atas tu. Akhir sekali akan keluar statement. So, kat mana nak ambil 4 angka tu?? Ambil selepas perkataan ‘SALE PP XXXX’.
Kemudian masukkan angka tu kat bahagian kotak untuk confirm debit kad di akaunpaypalyang kita buka tadi, terus save dan boleh shopping guna akaun paypal.
Apa2 pun, sentiasa check email anda… Sebab PayPal akan hantar email samada langkah2 yang anda buat itu berjaya atau tidak…

Saturday, September 22, 2012

menjiwai sekejap ~

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

Sunday, September 16, 2012

SELAMAT HARI MALAYSIA


SAYA SAYANG MALAYSIA..


Pada hari ini (16 September 2012), seluruh pelosok rakyat negara ini tidak mengira kaum, peringkat umur, pekerjaan, kaya atau miskin dan juga fahaman politiknya, kesemuanya tidak terkecuali menyambut Hari Malaysia.
Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun adalah hari yang menjadi milik semua.Tidak seorang pun di antara kita, perlu berasa diketepikan, sangsi atau terpinggir dalam menyambut hari yang amat bermakna dan bersejarah kepada negara ini.
Dan ia juga bukan hanya untuk dikenang dan diraikan oleh generasi terdahulu. Generasi muda, tidak kira apa jua kecenderungan serta minatnya, perlu dibawa bersama dalam arus menghayati erti Hari Malaysia kerana kesannya yang bukan sedikit terhadap pembangunan negara dari dulu sehingga kini.
Justeru itu, pengetahuan terhadap sejarah adalah kata kuncinya. Orang cerdik pandai sering berkata, sejarah merupakan guru terbaik untuk mendidik manusia menjadikan sesuatu yang lalu sebagai teladan atau sempadan. Sejarah adalah kebijaksanaan silam yang boleh dimanfaatkan untuk membina masa depan.
Hari Malaysia disambut bagi memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada tarikh 16 September 1963 yang menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Persekutuan Malaysia dirasmikan penubuhannya serta diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.
Perisytiharan dibuat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur yang disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30,000 rakyat berbilang kaum.
Bagaimanapun, penubuhan Persekutuan Malaysia ditentang hebat oleh Indonesia dan Filipina. Indonesia tidak senang dengan penubuhan Persekutuan Malaysia lantas, melancarkan konfrontasi ketenteraan di bawah slogan “Ganyang Malaysia” yang berlanjutan sehingga 1966.
Filipina pula menuntut haknya ke atas Sabah atas hujahan perjanjian yang dimeterai antara Kesultanan Sulu dengan pihak British.
Brunei yang turut termasuk dalam rancangan penubuhan Persekutuan Malaysia membatalkan penyertaannya setelah berdepan dengan pemberontakan besar-besaran di Brunei pada penghujung 1962.
Bagaimanapun, akhirnya pada 9 Julai 1963, Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia dimeterai di London hanya setelah Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan menyatakan, lebih 80 peratus rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju dengan cadangan kemerdekaan melalui penggabungan bersama Persekutuan Tanah Melayu.
Tarikh perasmian pengisytiharan Persekutuan Malaysia telah ditangguhkan daripada 1 Jun 1963 kepada 31 Ogos 1963 kerana menunggu Laporan Suruhanjaya Cobbold.Namun tarikh itu pula ditangguhkan setelah Indonesia dan Filipina memperhebatkan tentangan mereka terhadap penubuhan Persekutuan Malaysia.Dan akhirnya 16 September 1963 menjadi hari secara rasminya Persekutuan Malaysia ditubuhkan.
Sebelum ini, Hari Malaysia merupakan cuti am di Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Bagaimanapun mulai 2010, Hari Malaysia juga diisytiharkan cuti am di semua negeri di Malaysia.
Dan yang menjadikan sambutan Hari Malaysia pada tahun ini lebih menarik dan bermakna adalah kerana acara sambutannya diadakan serentak dengan Hari Kemerdekaan Ke-54 negara.
Dalam usia 48 tahun Malaysia dibentuk, proses pembinaan negara Malaysia secara keseluruhannya mengambil masa yang panjang dan sudah tentunya tempoh itu dilalui dengan pelbagai dugaan, cabaran dan kesulitan oleh pemimpin dan generasi terdahulu.
Adalah merugikan jika segala kesukaran dan kepayahan itu disia-siakan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tertentu dan bertelagah dalam segala isu yang akhirnya meruntuhkan penyatuan Malaysia ini.
Dan perlu diakui, kekuatan Malaysia bukan sahaja terletak pada pembangunan di negeri-negeri Semenanjung sahaja, tetapi juga di Sabah dan Sarawak yang menjana ekonomi Malaysia keseluruhannya.-Sumber Dari Utusan Malaysia Online



                                             SEMOGA NEGARA TERCINTA DIPELIHARA OLEH ALLAH S.W.T .AMIN YA RAB.

Tuesday, August 21, 2012

Perempuan kena belajar :)



Perempuan harus belajar menjadi seseorang  yang manis, anggun, dan penuh sopan santun ketika menjelang dewasa, dan harus membentuk karakter tersebut untuk menentukan masa depan hidup selanjutnya. Belajar untuk mendapatkan dan menerima jodohnya untuk membentuk sebuah keluarga.
Perempuan harus belajar untuk mencapai apa yang di inginkannya dalam hidup , belajar mencintai seseorang yang tidak dicintainya ketika perempuan tersebut dijodohkan, belajar menerima jodoh tersebut dalam hidupnya, belajar mencari cinta ketika cinta tersebut tidak kunjung datang dalam hidupnya, belajar menerima ketika cinta tersebut sudah tidak ada lagi.
Perempuan itu ibarat EPAL
Perempuan harus belajar untuk terbiasa disakiti, di dalam sebuah relationship selalu lebih banyak perempuan yang disakiti oleh pasangannya dalam banyak hal, ketika pasangan tersebut begitu ego , Perempuan harus belajar mengalahkan ego nya dan bersabar menerimanya, ketika pasangngan tersebut berselingkuh. Perempuan harus belajar membuka pintu maaf bagi pasangannya dan belajar untuk menerima sakit hati tersebut.
ketika pasangan tersebut kehilangan pekerjaannya perempuan harus belajar mencari nafkah dan menutupi segala keperluan rumah tangganya dengan belajar bekerja dan belajar menerima keadaan tersebut, ketika pasangan tersebut meninggalkanya kerana meninggal dunia atau memilih hidup dengan perempuannya yang lain, perempuan tersebut lagi lagi harus belajar tabah, ihklas dan kuat untuk meneruskan hidupnya.

Perempuan yang  dilahirkan dengan tubuh yang lebih sempurna, dan mempunyai kehidupan yang hampir sempurna pun , sebaiknya harus belajar untuk rendah hati, dan belajar menghargai apa yang sudah didapat dalamnya hidupnya.. :)

Thursday, August 16, 2012

air tangan mak :)


Assalamualaikum…
Kita sudah menghampiri minggu terakhir di bulan Ramadhan bagi tahun ini..Alhamdullilah sy masih lagi up entry juadah berbuka….walau hari ini dah masuk hari ke 27… Tahun ni xpegi lagi beli lauk tunjuk kat bazar ramadhan :)))

tenkiu kepada my mother masak juadah berbuka sabulan sepanjang Ramadhan….jom tengok di bawah.. kehkeh :p
























 rela xmakan kat luar! :D

Tuesday, July 3, 2012

Tasik PINK !

Hai..hehe terrajin update cite today ! =)

Tetiba nak share pasal tasik pink. Yela biasa kite tengok tasik kite air kaler atau laut kebiruan dan kehijauan je kan atau airnye jernih je kan beralun tenang dan sesekali berkocak.. Hmmm. Penah dengar tasik pink? of course la penah sebab baru je sebut ni kan :p tapi untuk yang pertama kali la kan..


Tasik Pink atau dikenali sebagai Tasik Retba terletak di utara semenanjung Bab Vert Senegal iaitu di utara timur Dakar.Ia dinamakan sedemikian kerana airnya yang berwarna merah jambu.Fenomena ini disebabkan oleh kombinasi sejenis bakteria iaitu Cyanobacteria yang terdapat di dalam air dengan kepekatan kristal garam yang tinggi.
 Warna ini jelas kelihatan semasa musim kering. Tasik juga dikenali untuk kandungan garam yang tinggi, seperti Laut Mati, dan ini membolehkan orang ramai untuk terapung dengan mudah.



Sesetengah bakteria ini boleh memudaratkan kerana berkemampuan mengeluarkan sejenis toksin yang dikenali dengan cynotoxin. Ia akan mengakibatkan kulit manusia mahupun haiwan mengelupas dengan teruk. Oleh sebab demikian, masyarakat di sekitar Tasik Retba melumurkan badan mereka dengan minyak kacang Shea. Minyak kacang Shea mampu menangkis toksin yang dikeluarkan oleh Cyanobacteria.



 Nah...Lihat pula keagungan ciptaaNya...
Mungkin tak pernah terfikir dek akal fikiran yang cetek ini ada tasik berwarna merah jambu atau lebih mesra dengan panggilan pink..


Hamek korang tengok ni macam air susu dutch lady plak kan.. pink comel sweet gitu ;p Tasik yang berwarna merah jambu ini mampu kelihatan jelas warna merah jambunya apabila menjelang musim kemarau. Sepertimana Laut Mati, ia boleh mengapungkan manusia kerana kandungan garamnya yang tinggi. Dianggarkan bahawa terdapat 380 gram garam untuk 1 liter air. Ia bersamaan 15 camca garam untuk segelas minuman.!


Sekali pandang suasanna di sana, seperti macam laut pula. Tapi menurut sumber ia adalah sebuah kawasan tasik yang dikenali sebagai Tasik Retba yang terletak di Senegal, Afrika Barat. Satu fenomena seperti ada peristiwa berdarah yang sedang berlaku di sana.
sumber google =)

Hilangkan Jerawat !

Assalamualaikum dan salam sejahtera sume!

Hari ini tetiba rasa nk share ngan korang 1 produk yang saya dah guna dalam masa lbh kurang 2 weeks .alhamdulilah lepas menggunakan produk ini saya puas hati sangat2 sebab apa .....



Antaranya :-
-Kulit saya jenis tk serata walaupun mcm2 produk muka yg saya pakai...
-bwh mata saya ade cam bengkak...now dah kurang skit...
-kulit muka tak berminyak lagi2 lepas bangun tidur.
-lebih rasa semangat kalau ckit la dari cepat rasa letih
-selera makan turun sikit2 .....
-kulit rasa lebih halus mcm kulit baby hehehe
-sistem penghadaman/percernaan makin okay...suke sangat

Apa yang saya hadapi diatas nie bukan olok2 tau mmg terjadi...
sebenarnya nak ikut keberkesananya terpulang pd individu tersebut samada cepat or lambat..ada yg guna seminggu dah nampak perubahan ada  itu 2 minggu or sebulan..


VCO ada mcm2 jenis..yang sebelah kanan tu 'VCO PURE OIL / LIQUID' and sebelah kiri tu 'VCO SOFTGEL' :-)



saya ambik yang sebelah kiri VCO SOFTGEL dan hasilnya! memang seperb! (nak order pom bleh hikss)




gambar saya setelah guna dalam 2 minggu je! =) tak caya? meh try. tak mahal pom dan sangat-sangat berbaloi cuma rm39.90 untuk sebulan. Ade 60biji dan makan 2 kali sehari(pagi dan petang). Alaa untuk kesihatan ape salahnya kan.. dari beli produk mahal-mahal yang ntah pape :-p


saya pun da search dalam internet dan produk ni amat bagus dan berpatutan. Yang pasti ianya produk Malaysia! =) yeaah majukan negara sendiri ! 

setelah muka da okay now mestilah promote kat kawan-kawan bestnya VCO. Sekali order 10 kotak setelah kawan-kawan tengok keberkesanannya.. hihi korang nak order juga boleh ;) di alu-alukan klik kat bawah ni :)
     

Antara khasiat minyak kelapa dara

adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia dimana struktur asal dalamnya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa dimana haba & kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamnya berubah, dapat membawa kemudaratan kepada manusia yang memakanya.



VCO sangat berkesan untuk sesiapa yang ada masalah seperti di bawah :



  *jerawat dan kulit muka berminyak

* kitaran haid yang tak teratur

* selera makan yg terlalu tinggi 

* letih dan kurang energy

* masalah kencing manis
* stretchmarks & tona kulit yg kusam


Antara khasiatnya: 
. Menyokong fungsi sistem imunisasi & metabolik yang sihat.
. Mengurangkan berat badan.
. Menyediakan satu sumber tenaga yang segera.
. Mengandungi kalori yang sedikit berbanding lemak yang lain.
. Nutrien paling penting untuk kesihatan yang baik.
. Memudahkan penghadaman & penyerapan zat makanan.
. Membantu untuk mengawal kencing manis.
. Masalah esteoporosis
. Masalah penuaan pramatang & pengerutan kulit.
. Melembut & melincinkan kulit.
. Mencegah jangkitan bakteria, virus & kulat.
. Mengurangkan risiko penyakit Kanser, aterosklerosis & lain-lain.

okay. selamat beramal ;-)

Thursday, June 14, 2012

SPONTANEOUS THURSDAY #9



alaa - alaaaa best nya...

Ketika jatuh cinta, jangan berjanji kalau tidak dapat tunaikan


dan sifat lelaki nak memikat hati perempuan adalah dengan suka berjanji kosong dan kosong pungpang lah nak berenang dengan naga laa siapa sampai dulu lah konon , utang bank pun kantoi nak bayar ada hati nak berenang dengan nagaaa habah kau . dan pompuan yang percaya anda boleh duduk dalam reban ayam sekarang :B


sesekali dengar la sket kakak kite pesan ni ek :p 

don't trust your husband 100%

- maya karin


bagi mereka ini bukan dosa..


hai.. eh silap :B Assalamualaikum...

nak cerita tp ini cerita aku dengar dari kawan aku ,

lelaki tak kosisten dengan apa yang diorang buat terhadap perempuan/pasangan dia , kalau merokok boleh pulak kosisten . ok serius .


"tanggungjawab nafkah bukan perempuan yang sediakan . berdosa nama nya melainkan kau cacat satu badan"

ini lah masalah orang lelaki yang tak takut dengan balasan tuhan untuk 30tahun akan datang , nanti kalau efek dekat anak , bini jugak yang kene pikul masalah semua yang padahal laki dia tgh kene strok sakit jantung atau koma dekat katil time tu , last last bini dia jugak yang dapat susah disebabkan perbuatan laki dia masa muda dulu . kesian

so , untuk para lelaki yang nak mendirikan rumah tangga , jangan la kencing sana kencing sini sebab kau nak kahwin . carilah duit yang halal bagi anak bini kau makan , jangan la menipu kuat sangat . jangan malas nak keje.

sama macam ,

"setiap kali si isteri menolak kehendakan suami nya diatas katil , malaikat akan melaknat isterinya sampai ke subuh . begitu jugak la apabila isteri meminta nafkah atau tidak diberikan nafkah zahir malaikat juga akan melaknat suaminya.." hadis

tapak kaki : tanggungjawab suami adalah keluar awal pagi dan balik waktu malam untuk cari kerja yang halal , bukan duduk depan tv tido macam kau lah paling penat kat dalam dunia ni,

Wednesday, May 16, 2012

SELAMAT HARI GURU



Rasulullah saw bersabda, “Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan untuknya.” (HR. Muslim)

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah, Malaikat dan Ahli (penduduk) langit dan bumi; hingga semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia. (HR al-Tarmizi, 300 hadis bimbingan oleh ustaz Zahazan Mohamad)


"SELAMAT HARI GURU"

Saturday, April 28, 2012

Pantai 2012


Assalamualaikum..hehe

actually lama giler doh tak update my blog kesayangan ni.awal tahun hari tuh je update sket..tapi sekarang dah rasa nak update. kehkeh :p bapak lame kannn...biarla..hehe..ermm sebenarnya aritu ade gi pantai.. Pantai Cahay Bulan. First jejak kaki ke pantai untuk 2012 ni.. itupom terlajak ikut kawan,tub tub kawan pi pantai. ;)

Sampai je da tak terkata. Subhanallah . Indahnya ciptaan-Mu Ya Allah. rasa xmo balik je tengok matahari terbenam. Masa ni sy dok makan dengan kawan and ehem-ehem die, tapi xambik la gambar. malas nak buh gambar makan. nanti asik kate kuar makan je. kehkeh bosan :p
Hehehe ~~~ Dok kat situ layan perasaan again,hayati keindahan alam sekitar n so on.. 

Disini ku ukir namaku sebagai kenangan ;)
Saat matahari terbenam, ku cuma terdiam menghayati suasana.. Dengan pikiran terisi penuh dengan kenangan indah..Ya Allah hanya Engkau Maha Besar mengetahui sekalian alam.. Hari makin gelap mak nab, mak i call tanya pi mana hilang xbalik2 umah lagi... hewhew :p Alahai rasa pilu pulak nak tinggalkan tempat tu :(


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... free counters