Friday, September 30, 2011

Kelebihan Jumaat


ASSALAMUALAIKUM. Apa khabar korang? Apa cerita Jumaat korang? hehe Ya, hari ini hari Jumaat. Hari untuk kita mendapatkan lebih success dalam hidup kita. Hari untuk kita lebih cemerlang, lebih kuat berbanding hari-hari yang lain.
Jadi, apa pun yang anda buat pada hari ini, pastikan itu adalah yang terbaik, yang terhebat untuk diri korang sendiri. Kalau selalu bangun pagi sepuluh minit lagi ke waktu subuh, maka jadikanlah Jumaat untuk anda lebih berjaya. yeahhh!
Jadikan Jumaat untuk lebih special daripada hari-hari yang lain. Buat janji, bahawa Jumaat aku mesti bangun tiga puluh minit sebelum ke waktu subuh. Hah, kan bagus.
Hari ini saya nak cerita sedikit tentang hebatnya dan kelebihan-kelebihan hari Jumaat. Moga korang di luar sana memperoleh manfaat, saya yang menulis juga lebih-lebih lagi mendapat faedahnya.
Jadi 6 kelebihan Jumaat akan saya senaraikan. Semoga Jumaat kali ini menjadikan kita lebih berjaya, lebih cemerlang! 
1Berlakunya hari kiamat.
 Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
 Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
 3. Penghulu segala hari.
 Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
 4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
 Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
 5. Kebaikan dengan memotong kuku.
 Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
 6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
 Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.
Jadi, marilah kita jadikan Jumaat kita kali ini lebih bererti. Bukannya apa, untuk kebaikan kita sendiri juga kan. Semua kelebihan yang ada pada Jumaat ini sebenarnya merupakan ruang dan peluang untuk  korang semua rebut.
Kita dok mengaku kita orang Islam. Kita pun mengaku bahawa kita ni mengamalkan segala suruhan agama. SO, apalah salahnya sedikit amalan yang nampak macam tak seberapa ini kita rebut.
Kalau rasa-rasa selalunya korang macam malas nak selawat, macam tak ada mood nak berzikir, maka jadikanlah hari Jumaat untuk anda lebih bersemangat untuk berselawat, berzikir, istighfar dan sebagainya.
Nabi sendiri ada menyebut barangsiapa yang banyak beristihfar, Allah akan bagi jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya.
Mari kita jadi lebih baik, sedikit pun tak apa. Asal kita jadi lebih baik. Kita usaha, kita cuba betul-betul. Mana tahu andai Allah juga bakal tarik nyawa kita di hari Sayidul aiyam ini. Subhanallah…

Thursday, September 29, 2011

Kisah Malam Jumaat Yang Awesome~



Salam dan selamat malam jumaat semua..
Dalam tengah sibuk-sibuk mengemaskini blog, aku terlupa yang sebenarnya blog sudah menjangkau umur 2 tahun! Tak sangka blog ini masih aktif dan berguna la jugak pada aku setelah 2 tahun ia beroperasi.  


Ingat lagi awal tahun 2010 pada tarikh 1 febuary, iaitu tarikh kelahiran keramat tercipta blog aku..huahua. Mula-mula blog amat popular lah time ni dan aku masuk blog hampir setiap hari(bia pun da kuno,aku yg baru taw). Tetapi selepas kemunculan Facebook, blog makin menyepi sehingga pada tahun 2010, blog ini bagaikan hilang arah tujuan. Tak banyak post dan tak aktif. Semuanya kerana masing-masing mabuk layanan Facebook. Kegilaan aku pada Facebook teramat tingginys hingga aku fail exam account sem1 terlupa yang aku ada blog yang perlu untuk dicoret...

Tahun 2011 telah membuka lembaran baru kepada  aku sendiri. Tiba-tiba nak aktifkan blog pulak. Titik mulanya adalah aku tengok ramai jugak berniaga,mencoret kata hati,fesyen pakaian, menternak lemak dan sume ade kat blog. Dan blog da macam menjadi agen penyampai maklumat ja pada aku tentang seharian. Banyak jugak lah tolong promosi kat orang luar.

Sejak mula dibina sehingga kini blog sudah hampir 2 tahun ni,malam jumaat ni baru aku rasa nak publish blog aku yang tak seberapa nih. Alhamdulillah. Dan saya berharap blog c akan terus berjaya sehingga kita menjadi antara blog komuniti yang terbaik yang pernah ada di dalam alam siber ini. Yeahh! Kita sebagai harus berbangga dengan blog ini kerana, saya pasti tidak banyak kementerian atau pun jabatan yang mempunyai blog seperti ini. Tah-tah tak ada langsung..huahua.  Tah la tak pernah nampak pula..HAHA 

Aku berharap blog ini akan terus maju ke depan, bukan sahaja kemaskini dengan banyak bercerita bukan apa aku failed la sket bab cerita-cerita neh sejak form 4 lagi dan aku agar korang semua yang melayari blog ini akan dapat manfaat serta kebaikan dari blog ini. InsyaAllah. Amin.

=hari kamis=


hari ini hari kamis~
sudah hampir 3 tahun aku kat sini..hmm..masih lagi dalam keadaan teruja..terkesima..seronok..gumbira..haha..sebab aku dapat kerja dengan geng2 kaki backup..haha..best ooo~~
Sudah terlalu lama aku  menjengah ke sini... bukan malas & terlalu penat nak menaip.. sebenarnya..sebenarnye..errrr aku no idea sangat la nak bercerita..hehe Otak terlalu berselirat dgn bermacam-macam hal & perkara.... sebenarnya terlalu penat bekerja kat opis... terlalu lama menghadap komputer sampai mata pun terlalu letih nak terbuka... erkkkk... apa yg aku cuba nak ckp nih... hehehehe.... sebab dah terlalu lama duk mengadapkomputer maka aku menjadi terlalu.... terlalu... terlalu... penat nya!!!!




D sbb kan lagu nih sdg berkumandang semasa aku tgh menulis blog nih apa kata layan lagu nih.... layanzzzzzz... (^_^)
Lirik Lagu Lelaki Seperti Aku - Alif Satar Yang Hensem!

Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak

Memang tak ada lelaki sehebat aku
Tapi yang lebih hebat banyak

Maka tak perlu kau susah hati
Banyak lelaki yang bisa kau pilih
Untuk kau jadikan sandaran hati

Memang tak ada lelaki seseksi aku
Tapi yang lebih seksi banyak

Memang tak ada lelaki setampan aku
Tapi yang lebih tampan banyak

Maka tak perlu sedu sedan itu
Jangan sampai kau rendahkan dirimu
Memaksa aku menjadi pacarmu
Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Ceritanya aku sedang sedang belajar setia
Makanya dari itu kamu jangan memaksa
Kerna aku memang tak suka mendua

Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Oo baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak...

Wednesday, September 28, 2011

Monday, September 26, 2011

LINE INTERNET KENA POTONG...


Apa?.. Kena potong?

Dear Customer
Thank you for choosing STREAMYX!
We’re sorry but your account has been suspended. 
For self payment please click here to check out available payment channels.
Best Regards,
STREAMYX lol..
----------

HEH HEH HEH..
Malu aje... baru sehari aku tak berfacebook, beremail... Streamyx aku kena potong da... 2 bulan tak bayar... heh heh hee... nak buat macam mana. dah tak dapat bil(padahal dapat je), aku tak ada kad kredit lak nak bayar online... bila dah kena potong baru la tanya, rupanya boleh bayar bank in kat maybank... apa lah. aku cuma malas nak call 100 tu je... malas la nak call orang... apatah lagi kena bercakap dengan orang yang aku tak kenal... tapi dah kena potong tu, terpaksa lah... heh heh heh... malu tul la... jangan citer la kat orang...
Hah? Apa? Kene potong?..


Ha , itula..dah betul-betul kena potong.Haruslah digelabahkan.. Mana boleh kalau takde line internet.Susah-susah. Segala kerja akan tertangguh. Tapi, elok juga.. boleh buat kerja lain pulak ye..Kerja apakah itu yang tak menggunakan line internet..?

Saturday, September 24, 2011

PERCUBAAN PERTAMA ;)

assalamualaikum ladies and gentle sume..
Tiba-tiba mood nak pakai skirt arini and cakap2 tentang skirt labuh yang kembang tu.. :)


memakai skirt yang labuh juga boleh menutup aurat dengan syarat potongannya kembang, kainnya tidak melekat di badan dan juga tidak jarang. Pandai-pandailah memilih jika kita suka pakai skirt. Di pasaran negara kita ada banyak skirt seperti ini dibawa masuk dari Thailand. Materialnya sejuk tapi agak nipis jadi bila mahu memakainya pastikan kita memakai alas di dalam agar kita tidak 'bermain wayang' di kala terang. Uolls kena la pandai cari and nak pakai..jangan pakai kerana nak pertonton kain nipis kamu pulak..pandai2 la ek korang pakai and gayakan nanti. yang penting,gaya2 jugak.aurat jangan duk menonjol sangat..hehe



Padankan skirt labuh dengan blouse labuh, t-shirt muslimah atau dress labuh yang sesuai dan gaya mengoda anda..HAHA. And aku cadangkan labuh yang selamat ialah melepasi punggung hingga ke paras lutut. Tolong jangan pakai baju di paras pinggang atau paras punggung kerana bila kita berjalan, amat mudah dilihat bentuk badan kita yang mahu kita tutup itu. Kita bijak maka kita tahulah bagaimana mahu selamatkan diri dari dosa kan?


Ok, sebagai ulangan, ini ialah garis panduan menutup aurat sebagaimana yang disepakati jumhur ulama' untuk aku and korang semua iaitu:


  1. Menutupi had aurat yang telah ditetapkan - aurat wanita yang baligh ialah SELURUH BADAN kecuali muka dan tapak tangan. Rujuk firman Allah dalam Surah An-Nur ayat 31 dan Surah al-Ahzab ayat 59.
  2. Pakaian yang longgar - agar terlindung pandangan lelaki ajnabi dari melihat susuk tubuh wanita dan wanita terselamat dari fitnah. 
  3. Pakaian yang tidak jarang - ikut hukum syarak, mesti tebal dan tidak nampak kulit. Kalau nipis walau besar, meleret macamana pun tetap tidak cukup syarat.
  4. Tidak serupa dengan pakaian lelaki atau wanita kafir - orang yang cerdik dan berpendidikan, sudah tentu tahu membezakannya. Heboh tentang tudung sekarang yang serupa tudung rahib. Jadi tunggu apa lagi, janganlah pakai yang itu kerana kita akan jadi sama dengan mereka.
  5. Tidak bertabarruj - Rujuk Surah al-Ahzab ayat 33. Tabarruj ni ringkas kata ialah berhias, bercantik- cantik untuk pandangan umum. Muka dipakaikan meka-up, pakaian juga dihiaskan dengan glamor sekali seperti artis, maka ianya tabarruj.
ok..selamat beramal dengan gaya tersendiri..hekhek ..
wassalam ceramahku yang tak seberapa ;p

Wednesday, September 21, 2011

Tuesday, September 20, 2011

DOA JAUHIKAN DARI.




Salam and selamat malam.. 


ni first time update blog malam-malam..hehe
kali ni aku nak share doa mengharap anak nanti la atau kengkawan korang rasa hilang untuk melakukan maksiat. Tapi paling penting sekali ita semua  kena amalkan doa ni dan elak maksiat jugak.
Letak tangan di dadanya (anak2/kawan2/diri sendiri), dan bacalah doa ini:


اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ

Maksudnya:  “Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan  hatinya dan peliharalah kemaluannya” Riwayat Ahmad no.22265

Doa ini dipetik dari sebuah hadis daripada Abu Umamah r.a, ketika seorang pemuda mendatangi Rasulullah SAW untuk meminta izin berzina. Rasulullah SAW tidak terus memarahi dan melarangnya, namun Baginda SAW memberikan analogi untuk mengugat perasaan lelaki tersebut dengan memberikan soalan:
“apakah kamu suka bila perzinaan itu dilakukan terhadap ibumu?”


tentu saja dia menjawab tidak suka, manusia manakah yang mahu ibunya diperlakukan begitu. Lalu Rasulullah bertanya lagi secara berurutan, apakah ia suka bila dilakukan terhadap anak perempuannya, saudara perempuan dan makciknya. Pemuda tersebut kemudian sedar tentang impak buruk zina dalam masyarakat lalu terus bertaubat.

Source : Ustaz Zahazan Mohamed
p/s:  Betapa hebatnya Rasulullah S.A.W menggunakan teknik psikologi untuk mempengaruhi pemuda itu menjauhi zina. Baginda tidak marah atau mencerca.




Monday, September 19, 2011

apa saja kat office~~



Assalamualaikum..



Sejak dah kerja ni memang tak pernah lagi aku update blog pasal kerja aku. Ouh, Kerja? Sangat enjoy. Mana nak dapat boss yang memang kasi galakkan aku tidur? =__=" Memang tak berkembang la minda aku. Macam mana boss nak marah aku, bila dia cakap A, aku cakap B. Memang pesen bebal suka melawan cakap orang, dengan boss sendiri pun bantai buat perangai.


Wa~~ Walaupun aku SUKA TIDUR, CAKAP BANYAK, BANYAK MC,tapi aku DATANG AWAL OKEY! .HAHAHA Suka nya saya! Ala... aku memang selalu tidur kat opis. Tapi kalau aku ada banyak kerja, aku mana ada tidur. Aku akan siapkan kerja, bila dah siap baru aku tidur. Kalau aku tak tidur aku membebel la sorang-sorang. OIC malas nak dengar aku berleter dia kasi la aku tidur. Tu la dia puji aku pastu dia cakap "Tapi satu je wani ni, suka tidur!Gigit jugak la dia ni!" :p wek!wek! Dah la nak puji-puji cara kerja saya malu2..Ala OIC...puji jela....saya tak termakan punya dengan pujian anda...hohoho

Malas dah nak cakap pasal kerja. Esok pergi kerja goyang kaki lagi. Kalau tak tangguh kerja memang la senang hidup. Tiap2 hari just update ape yang patut. Buat kerja cepat2 pastu cari kerusi best TIDUUUURRR!!!!




Wednesday, September 14, 2011

Tuesday, September 13, 2011

What is wordless Wednesday?

what is wordless wednesday?


YES, i'm joing forces with the rest of the Wordless Wednesday community like uolls okey. HEHE
and here i copy paste answer for what is wordless wednesday.


On Wednesday all over the internet, bloggers post a potograph with no words to explain it on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.


That all for tonite.wa mengantok!


have a good night and sleep tight peeps!

Friday, September 2, 2011

3 syawal aku ;'(

Hey jumpa lagi kita! wah wah rajin pulak aku mengupdate belog ni lately. hey entri ni bukan nak cerita pasal belajar, exam, dan sebagainya ye. aku nak flashback balik cuti raya aku hari tuh. haha. gilor aku ni. lantakla. walaupun raya dah habis. aku tetap nak cerita jugak pasal raya. tak dulik. haha.


masih boley tersenyum lagi bcoz  masa ni tak tau mak aku nak gi perlis !

kali ini aku xikut mak ayah aku balik umah tok aku kat kampung. ntah rasa malas and bosan pun ade balik sana..tapi arini aku dapat tau diorang pi jalan-jalan PERLIS dowh! totally mood arini bengang lah!. eeeeeh! aku nak ikut. :( (marah sangat kat mak)
macam ni la kepala aku :( !

6 months.

aiii..bosan sungguh tahap gaban dah ni.hmmmm
ntah la.semakin hari semakin bosan je aku. bila la seorang lelaki datang memenuhi jiwa aku.ceriakan aku, berikan aku senyuman seperti mana kawan-kawan aku. hepi je...ermmmm tapi aku bukan cemburu kawan-kawan aku dengan his partner, tapi aku turut hepi jerr... indah je aku rasakan..tengok diorang yang kini bersama orang tersayang.

kadang-kadang aku pun sunyi, pikir kat siapa aku nak luahkan isihati aku. aku bukan suka luah kat kawan aku yang xsudi dengar pown.tak pa la. aku akan harap aku jua diketemukan dengan seseorang yang memnuhi hati dan buat aku senyum.InsyaAllah.

Saturday, August 20, 2011

20 ramadhan ;)

assalamualaikum :))

setelah lama aku asyik duk tengok je belog orang hari ini, tiba-tiba rasa nak update blog aku pulak.hihi

hari berlalu hari, arini 20 ramadhan sudah..10 hari je lagi nak raya..persiapan raya macam biasa la umah aku, mak aku masak nasi ayam, nasi hujan panas setiap kali raya. nasi ayam feveret abang aku and nasi hujan panas lak my feveret,,hehe :) biasa la..mak aku nak masak untuk sapa lagi kalo tak untuk aku berdua..hihi

tahun ni 2011, raya untuk ke 21 tahun da..hmmm hidup masih single..hehe ntah bila kawan-kawan aku boleh merasa nasi minyak aku..hehe..gurau je la ek..muahhahahah..

hari aku beli satu set mangkuk kat mak aku memandangkan dia selalu masak lauk pauk untuk tetamu makan..so, aku beli la satu  kasi cantik sket atas meja dihari raya nanti..biasa la gaji masuk awal lak tuh, pokai la jawabnye aku beli belah..ayoyoyooo. :P kata org : xpela setahun sekali je..hihi

 ni gambar semalam.hehe (jumaat).



Friday, August 19, 2011

TAT NENAS AKU

biskut ni pula aku kerjakn kelmarin.and my mum and cousin kata, sedap!kembang setaman plak aku tau.hahaha..
aku buat..hehe :D



Tart Nenas Gulung~~

1 cawan butter ( 226 gram) at room temp) bukan butter cair atau lembik.
1 biji kuning telor.
1 suduteh asen vanilla.
20 gram gula.
40 gram tepung jagung,
50 gram tepung kastard.
20 gram susu tepung.(boleh tukar ke coffemate powder pun ok)
240 gram tepung gandum.

1 biji kuning telor + beberapa titik pewarna kuning telor untuk sapuan.

Cara cara
-sebatikan telor, butter, gula dan asen vanilla. ( baya hanya guna spatula aja)
- masukkan tepung satu pesatu, mula tepung jagung, tepung kastard dan susu tepung..gaul sebati
-tepung gandum..gaul sebati

Lepas tu masukkan dalam acuan tart golung tekan keluar, letak jem dan gulong.. bakar 350F selama 17-19 minute.

Nota Kaki Baya : Jika adunan nie masih melekit dekat tangan kena masuk skit skit tepung rasanya tak banyak dalam 10 gram aja. Jika adunan kering pula kena masukkan butter tak banyak skit aja jika kering pun. Adunan mesti dapat seperti gambar dibawah.. Baya sentiasa tutup adunan nie dengan tuala atau tissue paper atau cling sepaya adunan nie tak kering.

Cuba tekan dengan adunan jika ia keluar elok dan tak putus putus adunan tu elok, seeloknya dicuba terus ..tekan sekeping lepas tu letak jem try gulung kalau tak merekah maknanya adunan tu dah ok..last sapukan kuning telor..

Versi 2 - Campak pula
1 cawan butter.
1 biji kuning telor.
1 sudu teh asen vanilla
1 sudu besar gula.
2 sudu besar tepung jagung bumbun.
2 1/2 sudu besar tepung kastard bumbum.
1 sudu besar susu tepung.
2 1/2 cawan tepung gandum.

rasa hasilnya tetap sama..campak ker + ikut betul betul ker still sama..:)). Dengan syarat kena masukkan semua tepung diatas.. selamat mencuba.

Thursday, August 18, 2011

biskut raya julung kali aku :)


hye koranggg .




dah 2minggu kita puasa meaning lagi 2 minggu la kita dah nak raya . sekejapnye! . cane tu korang puasa? makan ape arini ? hehe. . pergi bazar takde apa dah yang boleh buat nafsu aku bergoncang . sabau jelaaa .  raya tahun ni aku dah start terpikir biskut raya . rasa nak buat biskut raya ja tahun . selalunye bila dah masuk minggu kedua puasa , beli jah! ;)




biasanye kitorang akan buat biskut coklat rice, cornflakes coklat and coklat putih, biskut coklat cip, biskut badam and biskut kacang . ini wajib ada kalau raya . aku paling suka buat biskut chocolate rice sebab ntah . haha . aku suka coklat2 ni . memang wajib ada yang coklat2 . lagi satu biskut coklat rice tu one of my faveret biskut raya! haha . aku paling suka kalau die rangup and rasa coklat die mmg kawkaw la!



itu feveret aku . kalau cornflakes coklat and coklat putih tu faveret adik2 aku . cornflakes ni jugak la yang akan habis dulu kalau orang datang rumah . nak buat pon senang . kitorang salu buat malam tau . bila dah habis letak kat cup kecik tu, kalau ada lebih2 kat dalam mangkuk, kitorang akan ratah sampai licin mangkuk tu . berebut lagi tau . haha .



suka plak aku letak gambar biskut raya banyak2 ni . haha . mak aku plak die lagi prefer biskut kacang . die paling suka biskut tu . aku pulak sebaliknye . tak sedap . haha . last year aku buat biskot tu . susah beb . terlebih minyak bole lembik biskut tu . die kena pandai2 agak tau kalau nak buat biskut raya nii . tak ley terlebih tak ley terkurang kalau tak haram tak jadi . haha .





tapi this year macam tak sempat je nak buat . sedih je . aku suka sangat buat biskut raya . best tau . kalau buat time tak puasa ehemehem hihi . siap je biskut tu aku curi2 makan . haha . aku nakal tau . ekekeke . macam korang tak pena buat kan :P kalau kerepek-kerepek biasanye kitorang tunjuk dan hulur duit jee . nak buat tak reti kann . korang tahun ni kuih raya tunjuk ke buat sendiri . meh cite kat mak meh :)


Monday, August 8, 2011

Buka Puasa Bersama #2 2011


Hari ini pertengah bulan Ramadhan. Terasa begitu pantas masa berlalu. Pejam celik jalan duduk dah nak dekat sebulan berpuasa..Disebabkan saya tidak mempunyai ingatan yang begitu kuat untuk mengingati semula semua peristiwa di masa akan datang, aku TERPAKSA gunakan blog ini sebagai penyimpanan memori kenangan. Hee... Terpaksa la konon...kwang kwang =)
                                           mulakan gambar aku depan restaurant tuh ye!

Ramadhan kali ini agak berbeza dari tahun sebelumnya. Walaupun Ramadhan tahun ini bukan Ramadhan kedua saya berkerja, tapi Ramadhan kali adalah Ramadhan pertama aku berumur 21tahun..haha..Yup Alhamdulillah.... Sebelum saya mengerakkan kaki membuat persiapan hari Raya esok, saya ingin berkongsi gambar-gambar saya di majlis buka puasa #1 bulan Ramadhan tahun ini. Bersiap sedia la dengan plastic bag, kerana gambar-gambar ini mungkin akan membuat kamu muntah bertalu-talu. Hee... 

ni kawan sekolah rendah lagik. sekarang sekerja pom iye jugak =) 

Ramadhan tahun ini aku berpeluang berbuka puasa bersama kawan sekerja dari Terengganu. Class gitu... Hee... Terima kasih kepada gadis ini sebab bermurah hati belanja kepada kitorang.  Hehehe
Again Alhamdulillah.
da makin kamceng dengan kakak kesayangan kitorang. HAHA!

 with  mimi kesayangan yang banyak mengajar erti keSABARan..Hee =D 

  ntah pape je makanan kat Food Village.. orang cakap sedap, tapi bagi aku TIDAK la sangat ;) haha

mimi ambik gambar masa ni, orang lain sibuk buka puasa ;( so ade kitoang berempat je la. And awak si tudung merah tu. pandang la bawah ni! HAHAHA! 

Congrats! Hee, yes! She pregnant !

Sunday, August 7, 2011

biskut raya julung kali aku :)


hye koranggg .


dah seminggu kita puasa meaning lagi 3 minggu la kita dah nak raya . sekejapnye.. haha . cane tu korang .makan ape ye arini... pergi bazar takde apa dah yang boleh buat nafsu aku bergoncang . sabau jelaaa . bila dah nak dekat raya ni aku dah start terpikir biskut raya .ingat  buat ni plan nak buat sendirik.
 
 


itu feveret aku . kalau cornflakes coklat and coklat putih tu faveret aku . cornflakes ni jugak la yang akan habis dulu kalau orang datang rumah . nak buat pon senang . kitorang salu buat malam tau . bila dah habis letak kat cup kecik tu, kalau ada lebih2 kat dalam mangkuk, kitorang akan ratah sampai licin mangkuk tu . berebut lagi tau . haha .


Thursday, July 21, 2011

Thursday, July 7, 2011

wedding my brother.

Assalamulaikum setelah lama saya menanti majlis perkahwinan abang saya, akhirnya sekesai jugak majlis die..Setelah aku melihat satu persatu terasa la jugak kegenbiraan di hati nie sebab pada hari yang penuh bersejarah abang saya kahwin, saya dapat kakak baru..saya xpernah merasa ada seorang kakak..


 Ucap yang dapat saya ungkapkan kepada abang saya bersama pasangannya seoga ikatan yang di redhai Allah itu kekal dan bahagia di bawah rahmat Allah s.w.t...So saya cuba ungkapkan pergertian perkahwinan di dalam agama Islam.



Perkahwinan menurut Islam
· Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.

Sejarah perkahwinan
· Agama-agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama di kalangan manusia berlaku antara Nabi Adam a.s. bersama Hawa. Perkahwinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada mereka berdua. Ini merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia untuk memerintah Bumi dan mendudukinya buat sementara waktu. Selain al-Quran dan hadith, Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru turut menceritakan kejadian Adam dan Hawa sebagai pasangan pertama. Di dalam Perjanjian Lama atau Taurat, telah diselitkan beberapa ayat, antaranya yang bermaksud, “Tuhan telah berkata tidak baik Adam berkeseorangan sahaja, maka Aku jadikan seorang penolong sepertinya”.
· Berkenaan dengan perkahwinan anak-anak Adam sendiri tidaklah dapat diketahui bagaimanakah sistemnya yang sebenar. Di dalah Tafsir Ibn Kathir, apa yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masi’ud dari beberapa orang sahabat yang lain,bahawa mereka berkata yang bermaksud, “Sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam anak lelaki melainkan diperanakkan beserta anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan anak perempuan dari kandungan lain, dan anak perempuan bagi kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki dari kandungan yang lain itu.” Pada masa itu, perkahwinan berlainan kandungan boleh dijadikan seperti perkahwinan berlainan keturunan.

Tujuan walimatulurus
· Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkata dan saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga mereka.

Adab walimatulurus

· Terdapat beberapa adab dalam walimatulurus seperti
1. dilakukan selepas akad nikah;
2. menjemput jemputan mengikut keutamaan seperti didahulukan saudara-mara, kaum kerabat dari kedua-dua pihak, jiran dan rakan kenalan;
3. bagi pengantin wanita hendaklah mengikut sunah Nabi Muhammad SAW dengan cara bersederhana dan tidak unsur mehah, maksiat dan kemungkaran; dilarang sama sekali berhutang yang membebankan.

Agenda walimatulurus

· Dalam menganjurkan agenda berkaitan Walimatulurus, etika berbudaya mengikut adat resam bangsa masing-masing adalah dibolehkan, namun perlu diingat agar penganjurannya perlulah selari dengan apa yang dianjurkan oleh Islam tanpa mempunyai rasa gharar(was-was)dalamnya. Juga tidak mempunyai pengaruh adat berunsur keagamaan dan kepercayaan yang dicedok dari agama lain. Islam melarang aktiviti persandingan seperti yang menjadi adat kebiasaan dalam masyarakat melayu khususnya kerana perbuatan tersebut telah menampakkan pengaruh Hindu-Buddha seperti aktiviti merenjis dan menepung tawar,selain memperlihatkan pasangan pengantin yang bergaya dan bersolek secara terus kepada hadirin.Hal ini akan pasti akan menimbulkan rasa bangga oleh pasangan pengantin dan menimbulkan rasa(seperti cemburu,gersang dan was-was)dari kalangan hadirin yang melihat aktiviti persandingan tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... free counters