Salam and selamat malam..
ni first time update blog
malam-malam..hehe
kali ni aku nak share doa mengharap
anak nanti la atau kengkawan korang rasa hilang untuk melakukan maksiat. Tapi
paling penting sekali ita semua kena amalkan doa ni dan elak maksiat
jugak.
Letak tangan di dadanya
(anak2/kawan2/diri sendiri), dan bacalah doa ini:
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ
Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah dosanya,
bersihkan hatinya dan peliharalah kemaluannya” Riwayat Ahmad no.22265
Doa ini dipetik dari sebuah hadis
daripada Abu Umamah r.a, ketika seorang pemuda mendatangi Rasulullah SAW untuk
meminta izin berzina. Rasulullah SAW tidak terus memarahi dan melarangnya,
namun Baginda SAW memberikan analogi untuk mengugat perasaan lelaki tersebut
dengan memberikan soalan:
“apakah kamu suka bila perzinaan itu
dilakukan terhadap ibumu?”
tentu saja dia menjawab tidak suka,
manusia manakah yang mahu ibunya diperlakukan begitu. Lalu Rasulullah bertanya
lagi secara berurutan, apakah ia suka bila dilakukan terhadap anak
perempuannya, saudara perempuan dan makciknya. Pemuda tersebut kemudian sedar
tentang impak buruk zina dalam masyarakat lalu terus bertaubat.
Source : Ustaz Zahazan Mohamed
p/s: Betapa hebatnya Rasulullah
S.A.W menggunakan teknik psikologi untuk mempengaruhi pemuda itu menjauhi zina.
Baginda tidak marah atau mencerca.
No comments:
Post a Comment