assalamualaikum ladies and gentle sume..
Tiba-tiba mood nak pakai skirt arini and cakap2 tentang skirt labuh yang kembang tu.. :)
memakai skirt yang labuh juga boleh menutup aurat dengan syarat potongannya kembang, kainnya tidak melekat di badan dan juga tidak jarang. Pandai-pandailah memilih jika kita suka pakai skirt. Di pasaran negara kita ada banyak skirt seperti ini dibawa masuk dari Thailand. Materialnya sejuk tapi agak nipis jadi bila mahu memakainya pastikan kita memakai alas di dalam agar kita tidak 'bermain wayang' di kala terang. Uolls kena la pandai cari and nak pakai..jangan pakai kerana nak pertonton kain nipis kamu pulak..pandai2 la ek korang pakai and gayakan nanti. yang penting,gaya2 jugak.aurat jangan duk menonjol sangat..hehe
Padankan skirt labuh dengan blouse labuh, t-shirt muslimah atau dress labuh yang sesuai dan gaya mengoda anda..HAHA. And aku cadangkan labuh yang selamat ialah melepasi punggung hingga ke paras lutut. Tolong jangan pakai baju di paras pinggang atau paras punggung kerana bila kita berjalan, amat mudah dilihat bentuk badan kita yang mahu kita tutup itu. Kita bijak maka kita tahulah bagaimana mahu selamatkan diri dari dosa kan?
Ok, sebagai ulangan, ini ialah garis panduan menutup aurat sebagaimana yang disepakati jumhur ulama' untuk aku and korang semua iaitu:
- Menutupi had aurat yang telah ditetapkan - aurat wanita yang baligh ialah SELURUH BADAN kecuali muka dan tapak tangan. Rujuk firman Allah dalam Surah An-Nur ayat 31 dan Surah al-Ahzab ayat 59.
- Pakaian yang longgar - agar terlindung pandangan lelaki ajnabi dari melihat susuk tubuh wanita dan wanita terselamat dari fitnah.
- Pakaian yang tidak jarang - ikut hukum syarak, mesti tebal dan tidak nampak kulit. Kalau nipis walau besar, meleret macamana pun tetap tidak cukup syarat.
- Tidak serupa dengan pakaian lelaki atau wanita kafir - orang yang cerdik dan berpendidikan, sudah tentu tahu membezakannya. Heboh tentang tudung sekarang yang serupa tudung rahib. Jadi tunggu apa lagi, janganlah pakai yang itu kerana kita akan jadi sama dengan mereka.
- Tidak bertabarruj - Rujuk Surah al-Ahzab ayat 33. Tabarruj ni ringkas kata ialah berhias, bercantik- cantik untuk pandangan umum. Muka dipakaikan meka-up, pakaian juga dihiaskan dengan glamor sekali seperti artis, maka ianya tabarruj.
ok..selamat beramal dengan gaya tersendiri..hekhek ..
wassalam ceramahku yang tak seberapa ;p
No comments:
Post a Comment