Tuesday, June 9, 2015

CHEESEKUT TIRAMISU

CHEESEKUT TIRAMISU
Bahan-bahan
1 bungkus atau lebih biskut lemak. Apa jenama pun tak kisah 
250gm cheese cream (Philadelpia/Tartura)
½ tin susu pekat manis
½ paket oreo hancur – beli kat bakery
Chocolate cream atau nutella secukupnya
Choc moist cake untuk base – kalau tak der just abaikan aje
Serbuk coklat untuk hiasan

Cara penyediannya
1- Mula-mula sediakan cream cheese
Masukkan cream cheese dalam mixer bowl dan pukul hingga kembang. Kemudian masukkan sikit susu pekat manis dan pukul lagi hingga kembang dan sebati rata. Ketepikan. 
Ok sekarang dah siap cream cheese. 

2- Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik – nanti senang nak keluarkan.
3- Sediakan air nescafe suam. 

Ok dah siap, Kita mulakan proses melapis *buat dengan tekun tau, susah nie!* saje bagi suspen. Hahhaa….

4- Choc moist cake dipotong dan susun dalam bekas plastik tadi sebagai base. Kalau tak der, abaikan saje step ini.
5- Lepas tu, ambil sekeping biskut dan celup dalam air nescafe tadi terus kat atas choc moist cake tadi. ..(Celup 1 saat je taw)
6- Selepas dah susun, sapukan adunan cheese di atasnya dan ratakan
7- Kemudian taburkan rata-rata oreo hancur kat atas lapisan cheese tadi. Letak banyak-banyak lagi sedap!
8- Ulang proses melapis biskut, kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
9- Sapukan lapisan dengan cream chocolate pula. Kalau tak der boleh digantikan dengan nutella pun ok. Dan kalau tak der nutella, abaikan aje. Ulang proses melapis hingga habis dan biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
10- Last sekali taburkan rata serbuk coklat sebagai penutup. Nak senang dan cantik guna penapis. Ayak serbuk coklat kat atas tu…
11- Tekan-tekan sikit permukaan tu.. Simpan dalam peti sejuk selama 6 jam sebelum dipotong.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... free counters