Tuesday, June 9, 2015

Cara nak transfer duit ke ASB



Hi murid-murid... Hari ni hari tuto lagi ye.
Disebabkan ramai yang tak tahu macam mana nak transfer duit ke asb melalui Maybank2u, makanya hari nie saya buat tutorial khas untuk anda...

Ye, skang nak masukkan duit ke asb tak perlu nak beratur panjang di bank, ko hanya perlu transfer menggunakan m2u sahaja. Cimb aku tak sure, rasanya boleh jugak. Yang tu ko check sendiri okey...

Langkah 1: Sign in M2U

Langkah 2: click Investment.

Langkah 3: Click ASNB Unit Trust

Langkah 4: Click Add

Langkah 5: Click continue. Nanti akan masuk term and conditions just tick right and continue.

Langkah 6: isi tempat kosong.

Membership no: no asb ko
Members ID no : ic number
Members name: Nama ko lah...

Click continue nanti dia akan proceed...

Langkah 7: Boleh check balik kat bahagian investment, status akan menjadi Pending.
Kena tunggu lebih kurang 2 atau 3 hari waktu bekerja untuk status bertukar menjadi Active.
Once dah jadi active, baru boleh transfer duit ke ASB.

Cara nak transfer duit ke ASB, sila click ASNB payment untuk urusan menTransfer. Bab transfer duit macam biasa la, takkan itu pun aku nak ajar, ewahhhhhhhhhhhhhhhh...

Yang perlu anda tahu, Wpon ASB boleh ditransfer secara online. Tapi ia dibuka hanya waktu bekerja... anda boleh transfer online hari isnin hingga jumaat sahaja dari jam pagi hingga jam 5petang. Lepas pada waktu bekerja dia off!
Dan hanya laku untuk masukkan duit sahaja. Nak keluarkan duit, sila la ko beratur di bank sana....

Selamat Mencuba!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... free counters