Diet
Atkins bukan sesuatu yang membahayakan kalau kita buat dengan betul dan
berdisiplin. Malah, dalam masa beberapa bulan kesannya kita dapat
rasai. Jadi, kenapa masih nak persoalkan kalau ramai yang berjaya
turunkan berat badan ke tahap yang mereka mahu. Insyaallah.. nik pun
kalau boleh nak kurangkan 20-22kg lagi. Macam mana boleh 'jumpa' diet
atkins ni? Korang baca entry Diet Atkins: Serasikah?
Amaran: Pesakit
buah pinggang & Ibu hamil tidak boleh mengamalkan Atkins Diet. ibu
mengusukan anak tidak digalakkan buat induction, tetapi masih boleh buat
low carb diet(bawah 160g carb)
Diet Atkins (INDUCTION/FASA 1)
Induction
berlangsung selama 2 minggu(PALING SINGKAT). Tapi kalau berat badan
korang terlalu berat dan obes ataupun lambat menyusut korang boleh
kekalkan/tambah jangka masa Induction(20g carbs) selama 2-6
bulan ke atas dengan selamat.
- Semua jenis beras/nasi, semua jenis mee & spagetti.
- Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
- Gula pasir, gula melaka, gula perang, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
- Semua jenis buah-buahan & jus buah-buahan
- Semua jenis minuman bergula, milo , barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
- Segala bentuk kekacang, tempe & sebagainya.
- Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam(bertepung)
- Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
- Sos & Kicap (kebanyakkannya tinggi karbohitrat)
- Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
- Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
- Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim, twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
- Elakkan kopi, teh dan minuman ringan yang mengandungi kafein. Kafein yang berlebihan menyebabkan gula darah yang rendah, yang boleh membuat ketagihan gula.
- Sate yang diperap dengan gula @ madu. Keropok lekor, oat, otak-otak, sata.
Makanan yang boleh dimakan.
- Ayam(semua bahagian) - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.
- Telur ayam, Telur itik, Telur ikan. - telur dadar, rebus, goreng.
- Ikan, Udang, Ketam - (kurangkan sotong & kerang kerana karbohidrat tinggi.)
- Daging(semua bahagian) - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai, keropok kulit lembu.
- Sayur, terutamanya sayur hijau. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun, Rumpai laut. Kurangkan lobak merah, kacang panjang, bendi & tomato.
- Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Cuba limit kepada 2-3 keping sehari.
- Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
- Burger & hotdog? daging sahaja, roti2 buang...(pastikan burger rendah karbohitrat)
- Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
- Garam & rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
- Minyak masak, olive oil & sebagainya.
- Chewing gum yang sugar free, selalunya 1 carb sebiji, cukup 2 or 3 biji sehari kalau nak makan.
- Psyllium husk, teh hijau, teh herba, teh org kampung.(tanpa gula)
Syarat-syarat semasa Induction1. Pastikan cukup minum air, 1 liter setiap 25kg berat anda atau lebih. (Penting)2. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 8.00pm atau 4 jam sebelum tidur. Jangan ponteng makan(menyebabkan badan dalam mood lapar & metabolisma menurun)3. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Jangan menganggap apa-apa makanan rendah karbohidrat tanpa membaca label! Periksa kiraan carb (pada setiap paket)4. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat.5. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang tidak dibenarkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis.6. Berjaga-jaga untuk karbohidrat yang tersembunyi dikuah . Kuah sering dibuat dengan tepung atau tepung jagung dan gula.7. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.8. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.BERHATI2 KETIKA MAKAN DI KEDAI, tomyam/sup kemungkinan ada gula dalam masakan.9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula.10. Kurangkan makan berproses seperti burger & hotdog(boleh makan, cuma kurangkan)
"Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak."
Macam
dalam syarat Induction kat atas, kena minum banyak air. Kalau boleh
untuk setiap 25kg berat kita, 1 liter kena habiskan. So, kalau berat
korang 75kg, kena minum 3 liter lah. Macam nik, memang susah sangat nak
minum sebanyak tu. Tapi demi nak capai target, nik paksa diri je
sekarang ni. Dalam diet atkins ni, kita minum air dalam kuantiti
yang banyak untuk mengurangkan
air sebanyak mungkin di dalam badan kita.
Mesti korang tertanya-tanya macam mana kan?
"Bila kita minum air
kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau
kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang
air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan
dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak
langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke
tandas."
Kenapa tak boleh makan buah-buahan?
Nik
pun mula-mula terkejut monyet. Dah apesal pulak tak leh makan buah.
Selama ni nik diet makan buah banyak. Tapi for sure.. sekilo dua yang
turun. takat tu je.
Korang.....buah-buahan berwarna mengandungi
kandungan gula yang tinggi jika diambil dalam kuantiti yang
berlebihan. Gula ni akan ditukar kepada kanji dan akan
disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet
dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan
lapar dan sentiasa lapar.
Peringatan: Jangan sekali-kali
berlapar untuk menurunkan berat badan
"Benda paling penting, buang tabiat
suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya,
kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk
makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu
lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa
yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu."
Mesti
korang terfikir kan.. dah semua tak boleh makan, nak makan apa je? Satu
stigma yang memang susah nak ubah! Kalau diet tak leh makan ayam..
takleh makan daging. Baca jadual kat bawah. Korang boleh makan keju..
Kegemaran kan? Korang boleh makan ayam! Kfc pon boleh tapi buang kulit.
Burger pun boleh tap buang rotinya!! see. semua makanan kegemaran boleh
makan. Yang penting, kalau jumlah karbohidratnya tinggi, jangan sesekali
makan atau beli.
Contoh sarapan / Breakfast
- Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
- Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
- Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
- Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam
- Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
- Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
- Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
- Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
- Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)
Nak seribu daya. Tak nak seribu dalih. Pilihan dalam tangan korang sendiri ye, tak sesiapa memaksa. Tapi nik pilih Diet Akins :)
Credit : bicikut.blogspot.com
No comments:
Post a Comment